logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

19 December 2017
Kemaskini Akhir: 12 Disember 2017.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

SISTEM SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN LAYAK PEMILIHAN AKHIR adalah merupakan sistem yang menyenaraikan mereka yang telah berjaya pada PEMILIHAN AWAL dan seterusnya akan menjalani sesi PEMILIHAN AKHIR. Keputusan sistem ini juga boleh digunapakai sebagai bukti sekiranya surat LEWAT diterima oleh pemohon. Cara penggunaan adalah seperti berikut:

1.    Untuk akses kedalam sistem semakan sila taip: https://army.mod.gov.my/akhir.

2.    Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa meletakkan simbol - .

3.    Klik pada butang CARIAN. Sekiranya ingin mengubah atau maklumat salah sila tekan pada butang KOSONGKAN.

4.    Sekiranya maklumat anda berjaya dipaparkan sila patuhi arahan berikut:

       a.    Klik pada ikon KANTA dan paparan terperinci akan disiarkan.

       b.    Sila baca dan semak arahan serta maklumat yang dinyatakan dengan teliti dan patuhi perkara-perkara yang dinyatakan.

       c.    Untuk cetakan maklumat sila tekan butang EKSPORT dan pilih sama ada ingin MENCETAK atau disimpan dalam format MICROSOFT WORD.

5.    Sekiranya maklumat anda tidak berjaya dipaparkan serta keluar paparan mesej "Tiada Rekod - Hubungi 03-20714254 | 6030 | 3926" bermaksud anda perlu menghubungi nombor talian tersebut kerana berkemungkinan terdapat maklumat yang kurang tepat sama ada dari NAMA PENUH atau NOMBOR KAD PENGENALAN anda atau lain-lain perkara yang memerlukan penjelasan dari Pihak Bahagian Pengambilan.

6.    Pertanyaan melalui perkhidmatan talian pertanyaan akan mengambil masa 14 hari waktu bekerja untuk mendapatkan maklumbalas. Oleh itu anda tidak digalakkan untuk menggunakan platform ini kerana dikhuatiri kelewatan penyampaian maklumat boleh berlaku dari tarikh yang telah ditetapkan.