logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

18 December 2017
Kemaskini Akhir: 12 Disember 2017.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

Soalan Lazim Pengguna - Mengikut Kategori

Sila Pilih Kategori Pertanyaan

Sebarang pertanyaan / kemyuskilan umum yang berkaitan dengan perkhidmatan Tentera Darat Malaysia.

Bagi tujuan sesi pemilihan awal perajurit muda, kedua dua perkara tersebut tidak boleh dinilai atau digunapakai untuk membantu atau melepaskan seseorang bagi maksud layak atau lulus peringkat awal sekiranya pemohon gagal memenuhi syarat-syarat utama yang telah ditetapkan.

Definasi Calon Simpanan. Calon yang memenuhi segala syarat yang telah ditetapkan dan layak untuk ke peringkat seterusnya. Walaubagaimanapun calon ini harus menunggu pada satu tarikh yang ditetapkan untuk dipanggil atau dihubungi oleh pegawai pemilihan..

Status Calon Simpanan. Calon yang disahkan lulus atau layak untuk meneruskan peringkat seterusnya dan hanya perlu menunggu nama disenaraikan secara rasmi. Calon ini tidak perlu memohon semula mana-mana sesi pengambilan akan datang. Tarikh rasmi akan ditetapkan kemudian oleh Bahagian Pengambilan.

Definasi dan Status Calon Simpanan adalah termaktub dalam semakan LAYAK PERINGKAT AKHIR dan PENYERAHAN KE PUSASDA.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

Sesi pengambilan Perajurit Muda Lelaki dan Wanita serta pengambilan Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan dibuka setiap tahun mengikut keperluan semasa perkhidmatan. Bagi individu yang ingin memohon menyertai Tentera Darat Malaysia, berikut adalah cara permohonan boleh dimohon:

PEGAWAI GRADUAN DAN PERAJURIT MUDA

  • Penyiaran iklan melalui akbar tempatan.
  • Hebahan melalui Portal Rasmi Tentera Darat.
  • Hebahan melalui Facebook rasmi Tentera Darat.
  • Hebahan melalui Twitter rasmi Tentera Darat.

PEGAWAI KADET UPNM

  • Pendaftaran melalui perkhidmatan atas talian UPU.
  • Penyiaran iklan melalui akbar tempatan.
  • Hebahan melalui Portal Rasmi Tentera Darat.
  • Hebahan melalui Facebook rasmi Tentera Darat.
  • Hebahan melalui Twitter rasmi Tentera Darat.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

Kategori Pegawai

  • Syarat kelayakan akademik bagi permohonan kategori Pegawai Kadet Graduan adalah IJAZAH yang mana jurusan yang dikehendaki adalah merujuk kepada keperluan semasa perkhidmatan dan ia tidak terdapat didalam UPNM.
  • Syarat kelayakan akademik bagi permohonan kategori Pegawai Kadet UPNM adalah SPM.
  • Permohonan melalui kelayakan akademik kelulusan DIPLOMA TELAH DIMANSUHKAN.
  • Tidak ada sebarang pelepasan atau kelonggaran khas jika mana-mana pemohon gagal memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.
  • Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik disenaraikan sebagai TIDAK LAYAK / GAGAL.

Kategori Lain-Lain Pangkat

  • Syarat kelayakan akademik bagi permohonan Perajudirt Muda adalah SPM atau Diploma yang mana jurusan yang dikehendaki adalah merujuk kepada keperluan semasa perkhidmatan.
  • Permohonan melalui kelayakan akademik kelulusan PMR TELAH DIMANSUHKAN.
  • Tidak ada sebarang pelepasan atau kelonggaran khas jika mana-mana pemohon gagal memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.
  • Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik disenaraikan sebagai TIDAK LAYAK / GAGAL.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

  • Sebarang persoalan, permasalahan atau kemusykilan yang melibatkan kesihatan dan perubatan HANYA BOLEH DIKETAHUI semasa sesi pemeriksaan dijalankan kerana ia melibatkan keputusan dari Pegawai Perubatan Sesi Pemilihan.
  • Sebarang persoalan, permasalahan atau kemusykilan yang melibatkan kes kesalahan awam, kes polis atau kes tatatertib HANYA BOLEH DIKETAHUI setelah mendapat maklumbalas dari bahagian yang dilantik untuk perkara ini.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

Telebih dahulu anda harus merujuk kepada sesi iklan yang telah dikeluarkan. Sekiranya perkara ini tidak dijelaskan BERPAKAIAN KEMAS adalah seperti BERBAJU KEMEJA, SELUAR SLACK DAN KASUT BERTUMIT DAN PENUH untuk lelaki. Bagi wanita pula BERBAJU KURUNG ATAU PAKAIAN YANG SOPAN SERTA TIDAK MENJOLOK MATA / SEKSI. Adalah dilarang sama sekali:

  • Memakai seluar jeans
  • Memakai pakaian yang menjolok mata / seksi.
  • Memakai Baju T-Shirt
  • Memakai Baju tanpa kolar.
  • Memakai selipar / sandal / kasut sukan.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

Setelah tamat latihan bagi kategori pegawai ditauliahkan ke pangkat LEFTENAN MUDA dan bagi Lain-Lain Pangkat adalah PREBET (Sama ada Skim Diploma atau Skim SPM). Bagi kategori Lain-Lain pangkat perbezaan diantara Skim Diploma dan Skim SPM adalah dari segi Skim Tangga Kenaikan Gaji. Walaubagaimanapun pangkat permulaan adalah sama.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

Berikut adalah cara mendapatkan maklumat berhubung dengan sesi pengambilan Tentera Darat dan cara pendaftaran secara online. Ingin dijelaskan bahawa sesi pengambilan bagi Pegawai Kadet UPNM hendaklah mendaftar melalui UPU :

  • Pendaftaran secara atas talian melalui: JOMMASUKTENTERA
  • Penyiaran melalui Portal Tentera Darat serta laman sosial rasmi Tentera Darat Malaysia Facebook dan Twitter.
  • Penyiaran melalui akhbar-akhbar tempatan di negara ini.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik disenaraikan sebagai TIDAK LAYAK / GAGAL. Tidak ada sebarang pelepasan atau kelonggaran khas jika mana-mana pemohon gagal memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

Semua permohonan untuk mengadakan pameran Tentera Darat atau acara rasmi lain oleh PIHAK AWAM / SWASTA / IPTA / SEKOLAH yang melibatkan peringkat Markas Divisyen dan Markas Medan boleh memajukan surat permohonan ke Sekretariat Tentera Darat bagi tujuan kelulusan dari pihak atasan. Alamat surat menyurat untuk tujuan permohonan pameran/promosi Tentera Darat adalah seperti berikut:

MARKAS TENTERA DARAT
SEKRETARIAT TENTERA DARAT
WISMA PERTAHANAN
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR

TEL: 03-20598400 Samb 2304

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

Sekiranya maklumat yang terdapat pada ruangan Soalan Lazim ini masih gagal membantu atau anda mempunyai soalan yang lain untuk di majukan, anda boleh menggunakan Perkhidmatan Talian Pertanyaan yang terdapat pada menu PERKHIDMATAN atau KLIK DISINI. Pihak Pentadbir Portal akan memajukan pertanyaan anda ke pihak yang bertanggungjawab dan maklumbalas akan diberikan kepada anda dalam tempoh yang telah ditetapkan melalui email yang telah didaftarkan.

Sebarang pertanyaan berkaitan syarat kemasukan umum bagi tawaran mengikut kategori pilihan.

SYARAT KELAYAKAN AM

Jantina:

  • Lelaki dan Wanita.

Umur.

  • Tidak melebihi 27 tahun.

Fizikal:

  • Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki) / 1.57m (Wanita).
  • Berat minimum : 47.5 kg (Lelaki) / 45.0 kg (Wanita).
  • Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 76sm.
  • Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

Taraf Kesihatan.

  • Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT - Forward Everywhere (FE).

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam jurusan atau bidang pengajian yang ditetapkan oleh ATM dari semasa ke semaa.

PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN

Pelantikan.

  • Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian ketenteraan.

Pentauliahan.

  • Pegawai Kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.

Gaji.

  • Berdasarkan skim gaji sedia ada.

KEPERLUAN DOKUMEN

Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

  • Profil peribadi (resume) beserta nombor telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang ditawarkan.
  • Salinan Transkrip Akademik.
  • Salinan Sijil SPM/SPMV.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan Bapa.
  • Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.
  • Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).
  • Sekeping gambar berukuran pasport.
  • Sekeping sampul Pos Ekspress berukuran 229mm x 162mm, beralamat sendiri.

Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan. Hanya calon-calon disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di Pusat Pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada:

MARKAS ANGKATAN TENTERA
BAHAGIAN PERKHIDMATAN ANGGOTA
CAWANGAN TENAGA KERJA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR
(UNTUK PERHATIAN: SEL C)

ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, JaLan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen-dokumen seperti dinyatakan diatas.

* SILA AMBIL PERHATIAN: Syarat-syarat adalah tertakluk kepada keperluan semasa sesi pengambilan terkini. Harap maklum.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

SYARAT KELAYAKAN AM

Jantina.

  • Lelaki dan Wanita.

Umur.

  • 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun. Calon-calon yang berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 20 tahun.

Fizikal.

  • Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).
  • Berat minimum : 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).
  • Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 76sm.
  • Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

Taraf Kesihatan.

  • Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT - Forward Everywhere (FE).

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

Kelayakan Akademik.

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan mana-mana 3 subjek lain serta sekurang-kuerangnya Gred C+ dalam subjek Bahasa Inggeris seperti di dalam syarat program yang ditawarkan oleh Universiti.

PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN

Pelantikan.

  • Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet UPNM untuk menjalani pengajian akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pengajian ketenteraan.

Pentauliahan.

  • Pegawai kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian akademik dan pengajian ketenteraan serta TERPILIH sahaja akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.

Gaji.

  • Berdasarkan Skim Gaji sedia ada.

Calon-calon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki membuat permohonan kemasukan Universiti secara rasmi melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU) selepas keputusan peperiksaan sebenar SPM diumumkan.

PERMOHONAN

Permohonan adalah melalui aplikasi dalam talian kemasukan, Bahagian Kemasukan Pelajar Jabatan pengajian tinggi iaitu upu@mohe.gov.my sebelum keputusan Peperiksaan SPM diumumkan. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila layari Laman Web Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

* SILA AMBIL PERHATIAN: Syarat-syarat adalah tertakluk kepada keperluan semasa sesi pengambilan terkini. Harap maklum.

Syarat Lantikan.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah Semasa pengambilan.

Kelayakan Akademik.

  • Calon bagi Tugas Am seperti berikut:
    • SPM - KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Matematik, salah satu daripada subjek Sains dan LULUS dalam Bahasa Inggeris.
    • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Keutamaan diberi kepada calon bagi Tugas Khusus seperti berikut:
    • Kor Kesihatan Diraja - Diploma dalam bidang Kejururawatan, Perubatan, Farmasi, Pergigian, Teknologi Makmal Perubatan, Pemulihan Perubatan (Carakerja)/Fisioterapi, Radiografi/Radioterapi, Sains Veterinar atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    • Lain-lain Kor/Rej - Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    • Calon bagi Tugas Khusus hendaklah memiliki KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Fizikal.

  • Tinggi - 1.62m bagi lelaki dan wanita (Tanpa bersepatau).
  • Berat - 47.5kg bagi lelaki dan wanita.
  • Ukuran Dada - Minimum 76sm dan Tarik Nafas 81sm (Lelaki sahaja).
  • Body Mass Index (BMI) antara 18 - 25.

Kesihatan.

  • Tidak cacat anggota dan diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.
  • Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun warna.

Taraf Perkahwinan. Bujang dan tidak pernah berkahwin (wanita sahaja).

Kerjaya. Perajurit Muda berpeluang untuk kenaikan pangkat setelah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan yang ditetapkan.

Gaji. Skim gaji yang sedia ada mengikut pangkat dan selaras dengan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.

Kemudahan dan Keistimewaan.

  • Pakaian seragam percuma.
  • Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
  • Perkhidmatan dobi dan jahitan percuma.
  • Kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.
  • Kemudahan rumah keluarga.
  • Asrama bujang.
  • Cuti tahun.
  • Waren perjalanan cuti tahun bersama keluarga.
  • Bayaran Elaun Malaysia Timur bagi yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
  • Bayaran Insentif Semenanjung.
  • Sajian percuma.

PERHATIAN:

Calon-calon juga mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/juvana atau dadah. Bagi calon-calon yang masih menjadi saksi dalam kes-kes perbicaraan mahkamah, kemasukan ke dalam ATM adalah ditangguhkan sehingga kes selesai.

Sijil Dan Dokumen

  • Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) dalam keadaan baik. Bagi pemegang Kad Pengenalan Sementara (JPN 9) kemasukan ke dalam ATM adalah ditangguhkan sehingga Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) diperolehi.
  • Sijil Daftar Kelahiran.
  • Sijil Akademik atau Slip Keputusan Peperiksaan.
  • Sijil Berhenti Sekolah dan Buku Rekod Kemajuan Sekolah.
  • Fotostat Kad Pengenalan ibubapa atau Sijil Kematian ibubapa yang telah meninggal dunia.
  • Lain-lain dokumen yang perlu merujuk kepada iklan pengambilan dikeluarkan.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 18 ke 45 tahun.
  • Mempunyai kelayakan akademik SPM bagi kategori Lain-Lain Pangkat.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah.
  • Mempunyai kelayakan akademik IJAZAH bagi kategori Pegawai.
  • Telah menghadiri Kursus Bakal Pegawai bagi kategori Pegawai.
  • Berpangkat Koperal untuk memohon Menghadiri Kursus Bakal Pegawai.
  • Telah menghadiri Kursus Kawad atau Kursus Senjata untuk memohon Menghadiri Kursus Bakal Pegawai.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Awam.
  • Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
  • 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
  • Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.

Selepas seseorang itu diiktiraf seabgai anggota Askar Wataniah mereka perlu menjalani aktiviti-aktiviti latihan seperti berikut:

  • Latihan Tempatan. Latihan yang dijalankan secara individu di luar waktu kerja atau hujung minggu antara 3 hingga 10 jam sehari. Jumlah masa latihan tidak melebihi 240 jam setahun. Latihan dilaksanakan adalah latihan kawad senjata, ilmu medan perang dan rejimental.
  • Latihan Berterusan. Latihan dibuat secara berterusan dengan memberi penekanan kepada Latihan Kolektif. Jangka masa latihan minimum 3 hari dan maksimum 14 hari. Ia adalah kesinambungan dari latihan tempatan dan dibuat secara berkelompok.
  • Latihan Kem Tahunan. Ianya adalah latihan berkelompok untuk menguji tahap kecekapan anggota yang dilaksanakan selama 15 hari. Latihan yang dilaksanakan meliputi fasa kem dan medan.
  • Untuk menyertai pasukan Wataniah anda hanya perlu melapor ke pasukan Wataniah Siri 500 yang terdekat dengan anda dan mendapatkan taklimat dokumentasi bagi tujuan permohonan kemasukan.

Sebarang Pertanyaan Sila hubungi:

Markas Tentera Darat
Bahagian Pasukan Simpanan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Tel: 03-26921333 Sambungan 3332 / 2283 / 2281 / 3330 / 3346 / 4401 / 2306
Faks: 03-26989235

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan sistem semakan atas talian Tawaran Peringkat Akhir dan Layak ke PUSASDA.

Terdapat dua jenis semakan keputusan yang boleh dilakukan melalui portal ini iaitu:

  • Semakan Layak Ke Pemilihan Peringkat Akhir Perajurit Muda Lelaki dan Wanita.
  • Semakan Sesi Penyerahan ke PUSASDA Perajurit Lelaki dan Wanita.

Walaubagaimanapun, sekira anda melakukan semakan dan keputusan yang dikeluarkan adalah Tiada rekod - Hubungi 03-20714254 | 6030 | 3926 mohon untuk hubungi nombor talian yang dinyatakan (Bahagian Pengambilan Perajurit Muda) dan mengesahkan status permohonan anda. Ini berkemungkinan disebabkan oleh:

  • Berkemungkinan terdapat kesalahan pada ejaan nama.
  • Berkemungkinan terdapat kesalahan pada nombor kad pengenalan.
  • Anda disenaraikan sebagai Gagal dan seterusnya tidak layak untuk peringkat seterusnya.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.