Ilham untuk membangunkan sebuah muzium Tentera Darat di Port Dickson tercetus pada tahun 1989. Namun ianya tidak dapat dilestarikan kerana kegawatan ekonomi dan dalam masa yang sama wujud idea penubuhan Memorial Kemerdekaan Negara di sekitar Kuala Lumpur.

Pada tahun 1999, Tentera Darat mula serius merealisasikan hasrat memiliki sebuah muzium yang menyimpan sejarah perjuangan Tentera Darat. Bermula dengan penubuhan Nukleus Tim Projek Muzium Tentera Darat yang terdiri dari 5 pegawai dan 5 anggota Lain-Lain Pangkat Tentera Darat.

Pada tahun 2000, Jawatan Kuasa Induk Muzium Tentera Darat ditubuhkan. Jawatan kuasa ini berganding bahu dengan Nukleus Tim Projek Muzium Tentera Darat menghasilkan Rancangan Pembangunan Muzium Tentera Darat yang lengkap.

Tentera Darat mula membina muzium dengan mengubah suai dua buah bangunan lama di Pusat Latihan Asas Darat pada tahun 2002.

Setelah hampir empat tahun ianya dibina, kini Muzium Tentera Darat tersergam kukuh bersendikan semangat perjuangan pahlawan-pahlawan terdahulu dan semasa untuk dihayati oleh semua.

Muzium Tentera Darat telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XII pada 28 Jun 2005 ( Selasa ) bersamaan 21 Jamadilawal 1426 Hijrah.

Perkhidmatan

Kedai Cendermata

Cafeteria

Tempahan Lawatan

JSN Pixel template designed by JoomlaShine.com