Buletin Semasa

Penyampaian hadiah kepada penyumbang Artikel Terbaik Sorotan Darat

Author: PR Tentera Darat Published: 2014-10-15 08:24:48

[ File can't be loaded ]Kuala Lumpur : Mesyuarat Jawatankuasa Doktrin Tentera Darat Ke-83 telah dilaksanakan pada 13 Okt 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat MK TD- Caw P&P, KEMENTAH. Mesyuarat yang rutin dilaksanakan 4 kali setahun ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Lt Jen Dato’ Seri Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, TPTD merangkap Pengerusi Jawatankuasa Doktrin dan dihadiri oleh Panglima Latihan Tentera Darat merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Doktrin bersama semua Asisten Ketua Staf, Panglima 10 Bgd (Para) dan Panglima 21 GGK.

Kali ini, bagi menghargai serta mengikhtiraf sumbangan idea dan wadah cetusan minda warga Tentera Darat, TPTD berbesar hati menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang penyumbang artikel Sorotan Darat Bilangan 58 dan Bilangan 59. Pemenang-pemenang Sorotan Darat Bilangan 58, Johan oleh Mej (Dr) Mohammad Daud bin Hj Johari dengan artikel Morel Dan Pengaruh Terhadap Motivasi dan Komitmen Dalam Kalangan Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Naib Johan Kol Johnny Lim Eng Seng dengan artikel beliau   The Malaysian Armed Forces (MAF) Efforts in Promoting Defence Diplomacy dan Tempat Ketiga adalah Kol Dr Kenali bin Basiron dengan artikel Jiwa Tentera (Military Mind) Dan Hubungannya dengan Daya Juang Ketenteraan. Seterusnya pemenang-pemenang Sorotan Darat Bilangan 59, Johan Managing ‘Generation Y’ in The Malaysian Armed Forces (MAF): Differences, Challenges and Propositions oleh Kol Kwong Fook Wen, Naib Johan Brig Jen Dato’ M. Zaki Wan Mahmood (Bersara) dengan artikel Functions of Electronics Warfare dan Tempat Ketiga Dasar Keselamatan Nasional Singapura Satu Analisa oleh Mej Ahmad Kamal bin Halib.

Jurnal rasmi Tentera Darat yang diterbitkan 2 kali setahun (Jun dan Dis) merupakan kesinambungan intelek dalam kalangan warga Tentera Darat. Ia bertujuan untuk mempertingkatkan profesionalisme organisasi tertua dalam Perkhidmatan ATM ini.

Seminar Sarjan Mejar Rejimen Peringkat Tentera Darat Tahun 2014

Author: PR Tentera Darat Published: 2014-10-15 08:10:58

[ Image can't be loaded ]KUALA LUMPUR :  Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed telah hadir di Seminar SMR TD Tahun 2014 di Auditorium BKTD bagi sesi Dialog bersama RSM dari pelbagai kor TD.

Seramai 178  SMR TD dari pelbagai kor diberi pendedahan seminar SMR yang berlangsung selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Okt  2014.

Seminar SMR TD Tahun 2014  adalah kesinambungan dari seminar yang pertama yang berlangsung baru-baru ini. Tujuan seminar ini dilaksanakan merupakan rangka usaha untuk mengasah pengetahuan semua SMR dalam TD dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan tanggungjawab terhadap tugas mereka.

Fokus seminar SMR TD ini adalah kepemimpinan dan psikologi ketenteraan. Turut diselitkan juga perundangan ketenteraan serta tradisi dan adat resam ketenteraan. Seminar ini juga menyentuh berkaitan dengan aspek moral dan keagamaan disamping turut menfokuskan tentang perkembangan semasa TD. Seminar ini juga turut melibatkan sesi ceramah serta dialog antara penceramah dan peserta-peserta seminar.

Kuala Lumpur International Tattoo 2014

Author: PR Tentera Darat Published: 2014-10-12 12:55:57

[ Image can't be loaded ]KUALA LUMPUR : Acara Kuala Lumpur International TATTOO 2014 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dilangsungkan selama 3 hari berturut-turut mulai 10 hingga 12 Okt 14. Menteri Pertahanan Malaysia, YB  Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir menyaksikan acara dan telah merasmikan pembukaan Kuala Lumpur International TATTOO 2014 pada 11 Okt 14. Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama padu dari Angkatan Tentera Malaysia ini disertai oleh 12 negara termasuk Malaysia serta melibatkan  3000 anggota tentera.

Insentif Kecemerlangan Sukan Tahun 2014

Author: PR Tentera Darat Published: 2014-09-27 23:56:32

[ Image can't be loaded ]MELAKA : 10 Sep 14 - Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sukan 3 Divisyen Tahun 2014 telah diadakan di Kelab Mutiara Indah, Kem Terendak. Insentif tersebut telah disampaikan oleh Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan. Majlis seumpama ini diadakan adalah sebagai penghargaan oleh Panglima 3 Divisyen kepada anggota-anggota yang telah mengharumkan nama 3 Divisyen di dalam sukan renang, olahraga dan seni mempertahankan diri (SMD). Tim renang 3 Divisyen telah mendapat tempat kedua, manakala tim olahraga mendapat tempat pertama dan tim SMD telah mendapat tempat kedua di dalam pertandingan peringkat Tentera Darat.

Sukan Rakyat Bakat Darat

Author: PR Tentera Darat Published: 2014-09-26 09:26:53

[ Image can't be loaded ]MELAKA: 20 Sep 14 – Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Darat telah mengadakan Pertandingan Sukan Rakyat Peringkat BAKAT Darat yang melibatkan ahli-ahli BAKAT Exco, MK Medan, Pemerintahan Wilayah Timur, Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat, MK Logistik, 2 Divisyen, 3 Divisyen, 4 Divisyen, 10 Briged PARA dan 21 Gerup Gerak Khas. Pertandingan tersebut telah diadakan di Betutu Laut, Kem Sg Udang, Melaka dan dirasmikan oleh Datin Seri Noor Akmar binti Yaacob, Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat. Sebanyak 11 sukan yang dipertandingkan iaitu, Batu Seremban, Tarik Tali, Teng-teng, Galah Panjang, Rakit Darat, Kukur Kelapa, Laga Ayam, Tuju Tin, Tarik Upih, Congkak dan Lompat Untai Getah. Walaupun cuaca pada hari pertandingan tidak mengizinkan, semangat kesukanan ahli-ahli BAKAT tetap ada untuk menjuarai setiap sukan yang dipertandingkan. BAKAT 21 Gerup Gerak Khas telah menjuarai Pertandingan Sukan Rakyat Peringkat BAKAT Darat.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPDK Umi Kem Terendak

Author: PR Tentera Darat Published: 2014-09-26 09:20:37

[ Image can't be loaded ]MELAKA : 09 OGOS 14 - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Umi Kem Terendak (PPDK UMI) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Jadi Pelatih PPDK UMI yang dihadiri oleh Pengerusi BAKAT 3 Div Datin Mawar Fizawan Wan Zainal. Dalam majlis tersebut beliau turut beramah mesra bersama ibu bapa dan anak-anak PPDK UMI bagi mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin.

Penganugerahan Beret Merun Dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Bgd (Para)

Author: PR Tentera Darat Published: 2014-09-25 01:14:09

[ Image can't be loaded ]MELAKA : 19 OGOS 14 - Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor telah menganugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Bgd (Para) kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Perak (Dr) Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shahal-Maghfur-Lah Di Dataran Parawood, 8 RRD (Para). Turut diadakan ialah Demonstrasi Para Ground Training, Pameran Statik, Demonstrasi Keupayaan 10 Bgd (Para) dan Para warrior Dance. Majlis tersebut diakhiri dengan acara bergambar DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama anggota demonstrasi.

Bangladesh National Defence College Ke 3 Divisyen

Author: PR Tentera Darat Published: 2014-09-25 01:06:17

[ Image can't be loaded ]MELAKA : 26 Ogos 14 - Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan telah menerima Kunjungan Hormat daripada Bangladesh National Defence College (NDC) di Markas 3 Divisyen. Lawatan daripada NDC turut diberikan taklimat oleh Ketua Staf Markas 3 Divisyen, Kol Zainal Abidin M. Said di Dewan Perwira Kem Terendak.

Gunung Kinabalu Uji Keupayaan Anggota

Author: PR Tentera Darat Published: 2014-09-18 07:39:48

[ File can't be loaded ]KOTA KINABALU: 7 Sep 14 – Jabatan Arah Polis Tentera Darat telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan aktiviti pendakian aras tinggi Gunung Kinabalu Markas Tentera Darat (MK TD) Tahun 2014.   Ini selaras dengan hasrat MK TD di dalam menggalakkan warga MK TD terlibat dalam aktiviti-aktiviti luar pejabat yang sihat dan bermanfaat.

Aktiviti ini telah disertai seramai 26 Pengawai dan anggota MKTD yang bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal serta memberi pendedahan kepada suasana pendakian pada aras tinggi dan mengenali flora dan fauna di kawasan persekitaran gunung.

Tim KIK TD Lakar Kejayaan

Author: PR Tentera Darat Published: 2014-09-18 07:15:27

[ Image can't be loaded ]KUALA LUMPUR : 8 - 10 Sep 14 - Bahagian Inspektorat Tentera Darat telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Tentera Darat yang telah berlangsung di Dewan Tuanku Fauziah (PULAPOT).
 
Konvensyen telah disertai oleh 13 Tim Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang mana terbahagi kepada kategori Pengurusan terdiri daripada 5 Tim dan kategori Teknikal terdiri daripada 8 Tim. Bagi kategori Pengurusan telah dimenangi oleh pasukan 52 RAD manakala Kategori Teknikal dimenangi oleh  pasukan IJED.

Majlis Koktel Sempena Hari Askar Wataniah Ke 56

Author: PR Tentera Darat Published: 2014-09-18 03:18:33

Sempena dengan sambutan H[ Image can't be loaded ]ari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke 56, satu majlis koktel telah diadakan bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sg Besi pada 6 Sep 2014.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Kanan Tentera Darat, Pegawai Kehormat Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat di sektor awam dan pegawai-pegawai sukarela Askar Wataniah di seluruh Malaysia.  

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pegawai sukarela Askar Wataniah mengenai salah satu majlis rasmi dalam ATM.  Selain itu, ianya juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara Pegawai Sukarela dan Pegawai Kehormat Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah dengan Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Darat.

Majlis juga turut dihadiri kerabat DiRaja selaku Komander Rejimen Siri 500 Askar Wataniah iaitu DYTM Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, YBM Kol Dato’ Tengku Mohammad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Komander Rejimen 506 Askar Wataniah dan YAM  Kol Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin, Komander Rejimen 512 Askar Wataniah. Menteri Belia dan Sukan, Kol Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Komander Rej 508 Askar Wataniah turut hadir di dalam majlis tersebut.

Panglima Tentera Darat sebagai Guest of Honour majlis tersebut telah memberi ucapan dan minum ucap selamat (toast) kepada Askar Wataniah. Mej Jen Dato’ Md Dzahir bin Abd Rashid selaku Asisten Panglima Pasukan Simpanan ketika ditemui telah melahirkan rasa sukacita dan berharap majlis seumpama itu akan dapat dilaksanakan di masa akan datang bagi mendedahkan pegawai-pegawai sukarela Askar Wataniah dengan majlis rasmi dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 Sumber Manusia

Author: PR Tentera Darat Published: 2014-08-25 09:46:08

[ Image can't be loaded ]KUALA LUMPUR : 22 Ogos 14 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 Sumber Manusia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cawangan Sumber Manusia (CSM), Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Serah terima tugas berlangsung diantara Mej Shahir Hafizul bin Abd Rahman dan Lt Kol Asri bin Shukor disaksikan oleh Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Mansor, Ketua Pengarah Sumber Manusia. Turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan CSM serta Pegawai dan Staf CSM.