Utama | LATIHAN | Kursus Kerjaya Pegawai Sukarela

KAJI SELIDIK

Adakah Laman Web Ini Memenuhi Kehendak Anda?
 

AKAN DATANG ...

Lembaga Pemilihan Kerahan akan diadakan pada bulan Sept 2014 di Rej 506 (AW)

Kursus Kerjaya Pegawai Sukarela PDF Print E-mail

 

KURSUS KERJAYA PEGAWAI SUKARELA


Kursus berikut diadakan di PUSWATAN:

 

    Kursus Bakal Pegawai (S). Kursus ini dilaksanakan berterusan selama 4 minggu di PUSWATAN. Setelah lulus kursus tersebut dengan sekurang-kurangnya mendapat pengelasan C-, anggota tersebut boleh disokong untuk ditauliahkan. Jika terpilih, beliau akan ditemuduga dalam Lembaga No 4 AW. Permohonan anggota yang lulus temuduga tersebut akan diproses hingga kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT). Setelah diluluskan beliau akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Askar Wataniah Malaysia. Kelayakan kursus dicatatkan dalam Kod AT No. 2.

 

    Kursus Senjata Bantuan (S). Kursus ini ialah Kursus Kerjaya Sabaltan AW. Kursus ini dilaksanakan berterusan selama 4 minggu di PUSWATAN . Kelayakan kursus dicatatkan dalam Kod AT No 2.

 

     Kursus Ketua Platun (S). Kursus ini ialah Kursus Kerjaya Sabaltan AW. Kursus ini dilaksanakan berterusan selama 4 minggu di PUSWATAN. Kelayakan kursus dicatatkan dalam Kod AT No 2.

  

     Kursus Staf dan Taktik Gred 3 (S). Kursus Kerjaya ini bertujuan untuk melatih pegawai Sukarela yang berpangkat Leftenan dalam tugas-tugas staf. Kursus dilaksanakan di PUSWATAN selama 4 minggu atau secara Kursus Jarak Jauh Dibimbing (KJJD) iaitu latihan selama 2 minggu di pasukan dan kursus berterusan selama 2 minggu di PUSWATAN. Pegawai Sukarela yang mempunyai kelayakan berikut layak untuk menghadiri kursus ini:

  •      Terbuka kepada semua pegawai Sukarela AW.
  •      Lulus Kursus Ketua Platun (S) dengan sekurang-kurangnya mendapat pengelasan C-.
  •      Lulus Kursus Senjata Bantuan (S) dengan sekurang-kurangnya mendapat pengelasan C-.

 

     Kursus Ketua Kompeni (S). Kursus Kerjaya ini bertujuan untuk melatih Pegawai Sukarela supaya mempunyai kemahiran untuk memerintah Kompeni Repal. Kursus ini dilaksanakan di PUSWATAN selama 4 minggu atau secara Kursus Jarak Jauh Dibimbing (KJJD) iaitu latihan silibus selama 2 minggu di pasukan dan kursus berterusan selama 2 minggu di PUSWATAN. Kelayakan untuk hadir kursus ini adalah lulus Kursus Staf dan Taktik Gred 3 (S) dengan mendapat sekurang-kurangnya pengelasan C-.




 

atm-2

KEMENTAH 

atm-2

ATM 

mab-2

MAB

tldm-2

TLDM

tudm-2

TUDM

jhev-2

JHEV

perhebat-2

PERHEBAT

mygov-2

MY GOV