Utama | SUMBER MANUSIA | Pertauliahan Kehormat dalam Angkatan Persekutuan

KAJI SELIDIK

Adakah Laman Web Ini Memenuhi Kehendak Anda?
 

AKAN DATANG ...

Lembaga Pemilihan Kerahan akan diadakan pada bulan Sept 2014 di Rej 506 (AW)

Pertauliahan Kehormat dalam Angkatan Persekutuan PDF Print E-mail

 

                                   TAULIAH KEHORMAT DALAM ANGKATAN SUKARELA PERSEKUTUAN

Perjawatan. Tauliah Kehormat dalam Angkatan Sukarela Persekutuan bolehlah dikurniakan kepada:

 

    • Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
    • Pengurus besar Lembaga Pelabuhan Kelang
    • Pengarah Urusan Keretapi Tanah Melayu Berhad
    • Pengerusi Eksekutif Syarikat Tenaga Nasional Berhad
    • Ketua Eksekutif Syarikat Telekom Malaysia Berhad
    • Ketua Pengarah Kerja Raya
    • Naib Canselor Universiti /Pengarah Institut Pengajian Tinggi yang lain di mana PALAPES diwujudkan.
    • Penaung Askar Wataniah Malaysia/Simpanan Sukarela TLDM/Simpanan Sukarela TUDM negeri
    • Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Malaysia/Simpanan Sukarela TLDM (negeri di mana diwujudkan)     

 

Pangkat yang dikurniakan bagi perjawatan-perjawatan di atas ialah Kolonel (Kehormat) atau pangkat yang setaraf dengannya dalam TLDM dan TUDM:        


  Setiausaha dan ahli-ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Malaysia/Simpanan Sukarela TLDM/simpanan Sukarela TUDM peringkat negeri                   

Pengarah/Pengetua Maktab Perguruan dan Institut/Pusat Latihan Kemahiran/Perindustrian/Vokasional yang lain di mana ada penuntut- penuntutnya menganggotai Angkatan Sukarela Persekutuan.

 

Jawatan-jawatan eksekutif/pengurus dan jawatan-jawatan yang lebih tinggi syarikat swasta di mana pemegang jawatan berkenaan bersangkutan dengan keperluan dan tugas-tugas ATM dan pekerja-pekerja dalam syarikatnya menganggotai Askar Wataniah Malaysia/Simpanan Sukarela TLDM/Simpanan Sukarela TUDM.


Pangkat bagi perjawatan-perjawatan di atas ialah Mejar (Kehormat) atau pangkat yang setaraf dengannya dalam TLDM dan TUDM:

 

Juruiring khas atau pegawai dengan tugas-tugas yang tertentu yang diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja-Raja.


Pangkat bagi perjawatan sebagai juruiring Khas atau pegawai dengan tugas-tugas yang tertentu ialah Kapten (Kehormat) atau pangkat yang setaraf dengannya dalam TLDM dan TUDM.

 

o Lain-lain perjawatan yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.



SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN AM BAGI TAULIAH TAULIAH KEHORMAT DALAM ANGKATAN TETAP DAN ANGKATANSUKARELA PERSEKUTUAN



Penaklukan kepada undang-undang perkhidmatan. Pegawai-pegawai yang menyandang Tauliah Kehormat adalah tidak tertakluk kepada undang - undang perkhidmatan Angkatan Tentera.

 

Kuasa Memerintah. Pegawai-pegawai yang dikurniakan dengan pangkat kehormat tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah terhadap mana-mana pegawai, anggota-anggota lain-lain pangkat atau unit-unit Angkatan Tentera. Perhubungan antara pegawai-pegawai Tauliah Kehormat dengan pegawai, anggota dan lain-lain pangkat atau unit-unit Angkatan Tentera adalah tertakluk kepada piagam yang diperuntukkan kepada mereka.

 

Nombor Tentera. Tauliah Kehormat adalah tidak menggunakan sebarang nombor tentera.

 

Penamatan Tauliah



  Penyandang tauliah kehormat boleh dengan secara sukarela memohon supaya tauliah dibatalkan di atas sebab-sebab peribadi. Tauliah kehormat boleh juga ditamatkan apabila pegawai-pegawai yang berkenaan tidak lagi menjawat jawatan yang membawa tauliah kehormat tersebut. Di samping itu penamatan tauliah kehormat ini boleh juga dilakukan kepada mana-mana penyandang tauliah kehormat yang telah melakukan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang memudaratkan keadaan baik, tatatertib dan nama baik Angkatan Tentera.



Semua penamatan tauliah hendaklah terlebih dahulu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Proses untuk menamatkan tauliah ini hendaklah dibuat mengikut saluran yang sama seperti proses pentauliahan.

 

Setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, penamatan tauliah ini hendaklah dimaklumkan secara rasmi kepada pegawai yang berkenaan oleh Kementerian Pertahanan melalui surat rasmi seperti di kembaran K dan disiarkan dalam Warta Kerajaan Malaysia serta dalam Senarai Kenaikan Pangkat, Jawatan dan Kelayakan Pegawai-pegawai Angkatan Tentera.


Penyambungan Tauliah. Pegawai-pegawai yang ingin menyambung tauliah kehormat mereka setelah tamat tempohnya hendaklah memajukan permohonan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan untuk disembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melalui saluran yang tertentu. Setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Penyambungan Tauliah Kehormat ini akan dimaklumkan kepada pegawai yang berkenaan secara rasmi oleh Kementerian Pertahanan melalui surat rasmi dan disiarkan di dalam Warta Kerajaan Malaysia serta dalam Senarai Pangkat, Jawatan dan kelayakan pegawai-pegawai Angkatan Tentera.

 

Latihan. Pegawai-pegawai yang dikurniakan tauliah kehormat tidak diperlukan menjalani latihan tentera yang formal. Walau bagaimanapun pasukan-pasukan tentera yang berhampiran, setelah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tentera melalui saluran pemerintahan yang sedia ada boleh melatih pegawai tauliah kehormat yang memohon untuk menjalani sebarang latihan tentera. Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan latihan ini hendaklah dibiayai sendiri oleh pegawai tauliah kehormat yang berkenaan. Pegawai-pegawai tauliah yang menjalani latihan tentera adalah dikehendaki menandatangani perakuan melepaskan tanggungan bagi pihak tentera terhadap sebarang kemalangan/kecederaan yang mungkin berlaku terhadap beliau semasa latihan tersebut.


Gaji, Elaun dan Tuntutan-Tuntutan Lain. Angkatan Tentera tidak bertanggungjawab berkenaan gaji, elaun dan tuntutan-tuntutan lain terhadap pegawai-pegawai yang memegang tauliah kehormat.


Pakaian. Penyandang tauliah kehormat adalah dibenarkan memakai semua jenis pakaian seragam mengikut Jadual Pakaian Angkatan Tentera semasa. Perbelanjaan untuk membekalkan pakaian dan peralatan yang berkaitan dengan tauliah kehormat ini dibiayai oleh Kementerian Pertahanan dengan pemberian sebanyak RM1,000.00 hanya sekali ketika dikurniakan tauliah kehormat. Perbelanjaan senggaraan bagi pakaian dan peralatan seterusnya adalah tanggungjawab pegawai yang berkenaan sendiri.

Kemudahan-Kemudahan Lain. Penyandang Tauliah Kehormat adalah merupakan ahli kehormat di mes-mes pegawai Angkatan Tentera di mana yang sesuai dan mereka adalah berhak menikmati kemudahan-kemudahan di mes pegawai tersebut tertakluk kepada peraturan mes yang berkenaan. Selain daripada kemudahan mes ini, penyandang-penyandang Tauliah Kehormat tidak akan diberi kemudahan-kemudahan yang lain.





 

atm-2

KEMENTAH 

atm-2

ATM 

mab-2

MAB

tldm-2

TLDM

tudm-2

TUDM

jhev-2

JHEV

perhebat-2

PERHEBAT

mygov-2

MY GOV