Utama | PENTADBIRAN | Identiti Askar Wataniah

KAJI SELIDIK

Adakah Laman Web Ini Memenuhi Kehendak Anda?
 

AKAN DATANG ...

Lembaga Pemilihan Kerahan akan diadakan pada bulan Sept 2014 di Rej 506 (AW)

Identiti Askar Wataniah PDF Print E-mail

IDENTITI ASKAR WATANIAH (AW)

Identiti bagi sebuah organisasi tentera adalah menunjukkan satu tradisi yang perlu dikekalkan dan dipelihara. Daripada bentuk, lakaran, warna dan simbol yang tertera di atas lambang, kita akan dapat mengenali pasukan tersebut. Identiti AW dapat melambangkan sipemakai malahan ia juga dapat memupuk semangat patriotisme, cintakan organisasi dan espirit de corp  AW.

             Pemakaian Paraphernalia AW. Semasa memakai pakaian seragam tentera, warga AW perlu memakai paraphernalia khas AW. Amalan pemakaian paraphernalia AW adalah seperti berikut:

  •   Collar Dog. Menggunakan lambang AW untuk pakaian.


                     No 1    -   (Istiadat)       
                     No 2    -   (Bush Jacket)       
                     No 3    -   (Kerja)       
                     No 3    -   (Kawad)       
                     No 6    -   (Mes)       
                     No 8    -   (Khidmat)   

  •   Tanda Nama Kor.  WATANIAH dipakai untuk pakaian:

                    No 5    - Celoreng

Lambang Askar Wataniah. Lambang Askar Wataniah adalah seperti berikut:


  • Bentuk logo adalah bentuk perisai.
  •  Warna yang digunakan adalah warna emas pada keseluruhan logo.
  •  Motto dalam tulisan jawi "Berkhidmat Untuk Negara".
  •  Konsep Lakaran

               *  Bunga Padi              –    Perpaduan, keharmonian dan kerjasama di kalangan semua perkhidmatan ATM.
               *  Keris dan Parang    –     Kepahlawanan dan keperwiraan sentiasa dijunjung demi agama, bangsa dan negara.
               *  Bulan dan Bintang  –    Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

  • Cogan Kata. Cogankata AW "Berkhidmat untuk Negara". Ia merupakan aspirasi dan keprihatinan anggota AW yang bersedia berkhidmat untuk negara apabila diperlukan. Sentiasa rela berkorban masa dan tenaga demi kepentingan tanah air yang tercinta terutama semasa negara memerlukan khidmat mereka.

Lagu AW. Bersesuaian dengan slogan AW, Kapt (B) Salmi bin Hj Mohd Mustaium telah menulis lirik lagu AW, pada awal tahun 70-an. Beliau ialah seorang pegawai Tetap dari Kor Semboyan dan menulis lirik lagu ini semasa berkhidmat di 13 Skn Semboyan DiRaja AW. Kpl Hatami bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Suhaimi Hamid seorang anggota AW yang merupakan seorang penyanyi pada tahun 70-an telah mencipta lagu ini dan kekal hingga sekarang. Lagu dan senikata adalah seperti di halaman Lagu Askar Wataniah.
Bendera AW. Menggunakan tiga warna iaitu merah, hijau dan sebuah bintang pecah 14 yang berwarna kuning. Makna setiap warna dan bentuk adalah seperti di bawah :
 
Konsep Warna:

  • Merah          –    Melambangkan semangat perjuangan,kegagahan, keperwiraan dan etika yang tinggi.
  • Hijau            –    Melambangkan kemakmuran tanah air.
  • Kuning         –   Melambangkan negara yang mengamalkan
  • dasar raja berperlembagaan.

Pecahan Bintang.  Melambangkan 14 negeri yang ada di Malaysia.

Rumah Askar Wataniah.    Mesyuarat Jawatankuasa AW pada 3 Sep 86 yang dipengerusikan oleh Brig Jen Hussein bin Mohd Ali Piah telah memilih Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) yang sekarang dikenali sebagai PUSWATAN menjadi Rumah AW. Seterusnya pada 22 Jul 1989 sempena perasmian PUSWATAN sebagai Pusat Latihan bagi anggota AW, Panglima Tentera Darat turut mengisytiharkan secara rasminya PUSWATAN sebagai Rumah AW.


Wisma Perwira dan Wisma Bintara.    Berlanjutan kepada pengisytiharan PUSWATAN sebagai Rumah AW, Wisma Perwira dan Wisma Bintara PUSWATAN juga telah diisytiharkan sebagai Wisma Perwira AW dan Wisma Bintara AW. Ini sejajar dengan fungsi PUSWATAN sebagai Pusat Latihan untuk pegawai dan anggota AW di mana semasa menghadiri latihan atau kursus di Pusat Latihan tersebut, mereka berpeluang menggunakan kemudahan wisma.

Kombo D’ASWA.    Kombo D'ASWA ialah sebuah pancaragam yang dianggotai oleh anggota-anggota Kerahan. Kombo ini di bawah pentadbiran Bahagian Pasukan Simpanan. Segala tempahan untuk persembahan kombo ini tertakluk kepada kelulusan PS 1 Tadbir/Anggota atau PS 3 Rejimental.


Brass Band AW.    Sejajar dengan perkembangan TD, AW turut memperlengkapkan organisasinya dengan penubuhan Brass Band bagi memenuhi keperluan semasa AW. Rej 512 AW telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan dan mengurus dari aspek keanggotaan dan peralatan Brass Band AW tersebut.


Tabung AW.    Tabung AW adalah satu tabung yang ditubuhkan untuk mengurus pelbagai aktiviti pentadbiran yang melibatkan kewangan AW. Aktiviti yang boleh melibatkan kewangan Tabung AW adalah seperti sambutan Hari Ulang Tahun AW, aktiviti sukan yang melibatkan AW di peringkat Kor atau formasi, kebajikan anggota AW dan sebagainya.

 

atm-2

KEMENTAH 

atm-2

ATM 

mab-2

MAB

tldm-2

TLDM

tudm-2

TUDM

jhev-2

JHEV

perhebat-2

PERHEBAT

mygov-2

MY GOV