WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

Terdapat 17 susur galur pangkat dalam TDM bermula daripada Prebet sehingga ke Jeneral yang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kumpulan Pegawai dan kumpulan Lain-lain Pangkat (LLP).

Kumpulan Pegawai.  Kumpulan ini bermula daripada Leftenan Muda hingga ke Jeneral dan terbahagi kepada tiga kelompok iaitu:

  • Kumpulan Pegawai Kanan. Bermula daripada Lefenan Kolonel, Kolonel, Brigedier Jeneral, Mejar Jeneral, Leftenan Jeneral dan Jeneral:

lt kolkolbrig jenmej jenlt jenjen

  • Kumpulan Pegawai Medan. Terdiri daripada pegawai berpangkat Mejar:

mej

  • Kumpulan Pegawai Muda. Bermula daripada Leftenan Muda, Leftenan dan Kapten:

ltmltkapt


Kumpulan Lain-lain Pangkat. Kumpulan ini bermula bermula dari Prebet sehingga Pegawai Waren I dan terbahagi kepada tiga  kelompok iaitu:

  • Kumpulan Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Kanan. Bermula daripada Sarjan, Staf Sarjan, Pegawai Waran II dan Pegawai Waran I:

sjnssjnpw2pwI

  • Kumpulan Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Rendah. Bermula daripada Lans Koperal dan Koperal:

lkplkpl

  • Prebet. Tidak mempunyai pangkat.