WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BANJIR2
RANTAU PANJANG: 21 RAMD telah melaksanakan bantuan pasca banjir kepada penduduk yang terjejas di daerah Rantau Panjang pada 12 Jan 21.
Bantuan ini diberikan setelah 6 hari mereka berkampung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sri Rantau Panjang 2 berikutan kenaikan paras air dari sungai Golok akibat hujan lebat yang melanda daerah tersebut.
Sebanyak tiga buah rumah milik, Abdullah bin Abdul Rahman, Hasmah binti Yusof dan Mustafha bin Yusof yang masing-masing merupakan warga emas yang tinggal di Kg Kedai Lama telah menerima bantuan daripada pasukan bagi membersihkan kawasan rumah mereka yang telah ditenggelami air sejak 6 Januari yang lepas.
 
Usaha-usaha membersihkan rumah giat dilaksanakan bermula jam 0930 dengan kekuatan satu platun daripada Komp Alpha yang diketuai oleh Lt Mohd Akmalhafiz bin Che Azid.
Bantuan pasca banjir seperti ini akan sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi membantu pihak awam dalam meringankan beban mereka.