
Dalam permulaan agenda mesyuarat tersebut, Tan Sri PTD telah menegaskan untuk semua Sub Aktiviti Pertahanan Darat membuat pemantauan terhadap pelaksanaan perbelanjaan atas peruntukan yang diperolehi. Selain itu, setiap Sub Aktiviti Pertahanan Darat diingatkan untuk segera melaksanakan perolehan bagi mengelakkan peruntukan pada tahun 2021 disekat oleh Kementerian Kewangan .
Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Peruntukan Belanja Mengurus dari Sel Belanjawan, Cawangan Perancangan dan Pembangunan (Cwg P&P), MK TD yang membentangkan Prestasi Perbelanjaan Pembangunan.
Agenda diteruskan lagi dengan pembentangan dari Cawangan Logistik (Cwg Log), MK TD berkenaan Laporan Pengurusan Aset dan akhir sekali pembentangan Rancangan Perbelanjaan dari semua Sub Aktiviti Pertahanan Darat.
Mesyuarat ini telah dilaksanakan mengikut Standard Operating Procedures (SOP) yang ditetapkan berdasarkan kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelaksanaan mesyuarat ini juga adalah sejajar dengan Tonggak Kedua kepada Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Keutuhan Organisasi.
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mohammad bin Ab Rahman dan beberapa pengurus serta Pegawai Staf 1 Belanjawan Sub Aktiviti Pertahanan Darat.