WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
 
PANGKAT2
 
Pegawai Kanan yang terlibat adalah Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan yang dinaikkan pangkat daripada Mejar Jeneral berkuat kuasa pada 19 Dis 20. Acara seterusnya adalah Penganugerahan Pisau Tempur Tentera Darat oleh Yang Berbahagia Tan Sri PTD kepada lapan Pegawai Kanan Tentera Darat melibatkan Panglima-panglima Formasi serta Pegawai-pegawai Kanan Markas Tentera Darat.
PANGKAT1
 
Acara kemuncak majlis diteruskan dengan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kanan Tentera Darat. Acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas telah disaksikan oleh Tan Sri PTD menyaksikan peralihan penyandang jawatan PMB TD daripada Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad bin Ab Rahman, kepada Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan. Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad bin Ab Rahman telah mengambil alih jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD).
 
Hadir sama menyaksikan upacara ini ialah Ketua Staf Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato' Hj Subari bin Hj Tomo serta penglibatan minima Pegawai-pegawai Kanan TDM.
Seluruh warga TDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di atas pelantikannya sebagai PMB TD yang ke-22.