WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BAKAT2
SELAYANG, 22 Januari 2021 – Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Datin Zainuriah binti Haji Mustapha, telah berkesempatan untuk menyantuni balu anggota Tentera Darat, yang baru kehilangan insan tersayang.
 
Kunjungan Puan Sri ke kediaman Puan Nor Suriati binti Mohd Ayus, balu kepada Allahyarham Sarjan Mohd Al-Ekemal bin Damanhuri di Selayang Indah sebagai menzahirkan keprihatinan BAKAT Darat sebagai badan kebajikan yang memberi sokongan moral kepada beliau di atas kehilangan suami tercinta.
 
Allahyarham Sarjan Mohd Al-Ekemal bin Damanhuri, yang bertugas sebagai Kerani Sel BAKAT di Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat, meninggal dunia pada 16 Januari 2021 akibat penyakit Kanser Usus yang dikesan penghujung tahun lalu.
 
Dalam kunjungan ini, Puan Sri juga telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur dan sumbangan kewangan bagi meringankan sedikit kesedihan yang ditanggung oleh balu Allahyarham.
 
Kunjungan Kebajikan sebegini akan terus dilaksanakan pada masa hadapan bagi menyantuni ahli-ahli BAKAT Darat yang berhadapan dengan masalah dan kesedihan seumpama yang dialami oleh keluarga Allahyarham.
 
Ini adalah sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga", yang memberikan penekanan dan penumpuan kepada aspek kebajikan warga TDM.