WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BANTU1
SIBU, 24 Januari 2021 - Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Briged Kesembilan Infantri Malaysia ( 9 Bgd) telah turut serta dalam membantu pihak berkuasa awam dalam menyediakan tempat pengasingan pesakit COVID-19 tahap 1 di Stadium Tertutup Kanowit pada 22 Jan 21 yang lalu.
 
Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya daripada pasukan Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) dibantu oleh kenderaan daripada 9 KPD dan 9 KOD telah terlibat dalam membantu penyediaan tempat tersebut. Pusat tersebut mampu menempatkan 70 pesakit COVID-19 tahap 1.
 
BANTU3Penyediaan tempat tersebut dilengkapi sebanyak 30 katil double decker dan 40 katil single yang disumbangkan oleh Tegas Kesuma Sdn Bhd dan 70 tilam, sarung bantal, cadar, dan bantal yang disumbangkan oleh pihak Kem Junaco Park.
 
Disamping melaksanakan tugas utama ATM dalam menjaga kedaulatan negara daripada pencerobohan anasir luar, ATM juga sentiasa bersedia membantu pihak berkuasa dan juga agensi awam untuk berganding bahu dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang terkesan akibat wabak COVID-19.
 
TDM sentiasa komited dan sedia membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan seiring dengan Perintah Ulung PTD ke-28 dalam Tonggak Kelima yang menekankan peningkatan hubungan Tentera Darat dengan pihak awam.
 
Bagi langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), kesemua anggota yang terlibat telah disanitasi setelah selesai melaksanakan penugasan.
 
BANTU4
Sumber : Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia.