WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BKTD1
KUALA LUMPUR, 26 Januari 2021 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Acara Penyerahan Saguhati kepada Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) dan anggotanya bertempat di Bilik Studio Pemuzik BKTD, hari ini.
 
Acara serba ringkas dimulakan dengan penyerahan saguhati berupa wang tunai kepada pegawai dan anggota-anggota BKTD bagi tahun 2018/2019 oleh Tan Sri PTD. Saguhati tersebut mengambil kira daripada pendapatan persembahan berbayar yang dilaksanakan oleh BKTD, di mana sebahagian dimasukkan ke Tabung Pusat TD dan sebahagian lagi dibahagikan kepada anggota BKTD berdasarkan penglibatan mereka. Saguhati tersebut disampaikan kepada hanya beberapa individu sebagai wakil simbolik penyerahan bersesuaian dengan arahan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara yang mendapat manfaat dari sumbangan tersebut adalah Kumpulan Penyanyi, Kumpulan Pemuzik, Kumpulan Audio, Kumpulan Penari, Kumpulan Butik, Kumpulan Tadbir dan Kumpulan Logistik sebagai tanda penghargaan kepada pegawai dan anggota di atas pencapaian yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2018-2019.
 
 
 
BKTD2
 
Turut hadir dalam penyerahan wang saguhati adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad bin Ab Rahman, Ketua Staf Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato' Hj Subari bin Hj Tomo serta penglibatan minima Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia (TDM).