WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDSJR7
KUALA LUMPUR, 1 Februari 2021 - Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, ‘turun padang’ bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain ke lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.
 
Lokasi SJR yang menjadi tumpuan kali ini ialah di SJR Sentul di bawah seliaan Briged Ke-12 Infantri (12 Bgd), dan yang kedua di SJR Plaza Tol Gombak di bawah seliaan Briged Ke-11 Infantri (11 Bgd). Kunjungan ini bukan sahaja bertujuan untuk meninjau pelaksanaan tugas kawalan yang dijalankan bersama oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bahkan YB Dato’ Sri turut menyantuni petugas SJR dengan menyerahkan sumbangan serta meluangkan masa menikmati jamuan bersama mereka.
 
Sehingga kini, ATM termasuk Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengatur gerak seramai 3,562 orang anggota bagi penugasan Op PENAWAR. Dari jumlah tersebut, seramai 3,027 orang anggota ATM ditugaskan di 421 lokasi SJR di seluruh negara. Manakala seramai 535 orang pula terlibat di dalam penugasan Rondaan MPV/Tim Pematuhan di seluruh negara. Sementara itu, seramai 513 orang anggota ATM ditugaskan dalam penugasan 92 SJR di Selangor, yang mencatatkan jumlah keanggotaan tertinggi berbanding negeri lain. Ia berlanjutan daripada peningkatan kes harian COVID-19 yang tinggi di Selangor.
 
PTDSJR11
Justeru, Tentera Darat Malaysia (TDM) secara khususnya akan terus memberikan komitmen yang jitu dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di dalam negara yang saban hari menunjukkan peningkatan kes positif. Ianya sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28, yang menekankan peningkatan hubungan Tentera Darat dengan masyarakat awam.
 
PTDSJR5
 
Bagi langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 dan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP), kesemua anggota yang terlibat akan disanitasi setelah selesai melaksanakan penugasan.
 
Turut sama mengiringi kunjungan ini adalah Panglima Divisyen Keempat Infantri (4 Div), Mejar Jeneral Dato' Hj Ya'cob bin Hj Samiran, Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Polis Datuk Saiful Azly bin Haji Kamaruddin dan Pemangku Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Polis Dato’ Arjunaidi bin Mohamed.
 
PTDSJR9