WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
ROHANI1
KUALA LUMPUR, 12 Februari 2021 – Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain meluangkan masa menyertai warga Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berkhidmat di Kem Wardieburn mendirikan Solat Jumaat di Masjid Muhammad Al Fateh, Kem Wardieburn, Setapak.
 
Solat Jumaat pada hari ini dimulakan dengan Khutbah Khas yang bertajuk “Imunisasi Dilaksana, Komuniti Sejahtera”, disampaikan oleh Leftenan Kolonel Mohd Hamzah bin Adam dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
Kira-kira 300 orang jemaah menyempurnakan solat. Usai Solat Jumaat, Dato" Sri Menteri Kanan Pertahanan dan Tan Sri PTD berkesempatan beramah mesra bersama sebahagian kecil jemaah dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
ROHANI2
Acara sebegini akan terus dilaksanakan sejajar dengan Tonggak Ketiga pada Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga dalam memberi penekanan terhadap aspek kerohanian.
Turut hadir adalah Panglima Divisyen Keempat Infantri (4 Div), Mejar Jeneral Dato’ Hj Ya’cob bin Hj Samiran serta penglibatan minima Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia (TDM).