WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
ROKOK1
 
KOTA TINGGI, 16 Februari 2021 - Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui unit yang sedang melaksanakan operasi di bawah formasi Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan rampasan barang tanpa tuan melibatkan aktiviti penyeludupan rokok yang dibawa masuk ke Negara ini. Kejadian tersebut berlaku di sektor OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) pada hari ini jam 11.20 pagi.
 
Anggota Kumpulan Ronda telah menyusuri satu lorong yang mencurigakan di sekitar kawasan Punggai dan Batu Layar, Kota Tinggi, Johor telah menjumpai satu longgokkan besar dan ditutupi dengan kanvas berwarna biru. Hasil pemeriksaan lanjut menemui sejumlah 50 bungkusan plastik hitam mengandungi pelbagai jenis rokok seludup pelbagai jenama.
 
Pasukan telah mengatur gerakkan Tim Quick Reaction Force (QRF) ke lokasi untuk membuat penggeledahan dan penjejakan di sekitar kawasan tersebut, telah menjumpai dua longgokkan lagi yang terletak 100 Meter antara penemuan yang pertama.
 
Kesemua barangan rampasan telah disahkan sebagai barangan seludup secara haram yang merupakan kartun-kartun rokok yang dibawa masuk daripada Indonesia dan lokasi penemuan tersebut adalah tempat penyimpanan sementara sebelum dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM 442,200.00 melibatkan 2948 karton rokok.
 
ROKOK2
 
Kesemua barangan rampasan telah dibawa ke Pos Tanjung Sepang. Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai. Kerjasama Agensi-agensi dalam Op BENTENG ini akan terus dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan perairan dan daratan negara bebas daripada aktiviti yang boleh mengancam keselamatan mahupun aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.
 
Sumber : Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia