WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MOTOR1
KUALA LUMPUR, 17 Februari 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Motosikal Scrambler 250cc bertempat di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen, hari ini.
 
Tentera Darat Malaysia (TDM) menerima kira-kira 180 buah Motosikal Scrambler 250cc di bawah Perolehan Rolling Plan Keempat bagi kegunaan operasi.
Sejurus selesai taklimat pengoperasian kenderaan yang disampaikan oleh Dato' Jefry Lim, Pengarah Syarikat Kawasaki Motors Sdn Bhd, Tan Sri PTD telah dipertontonkan dengan demonstrasi tunggangan Motosikal Scrambler tersebut yang dipersembahkan oleh The Army Red Warrior Motorcycle Team.
 
Seterusnya, majlis penyerahan kenderaan tersebut telah disempurnakan dengan penyerahan Replika Kunci Motosikal Kawasaki kepada Tan Sri PTD sebagai simbolik penyerahan Motosikal Scrambler tersebut kepada TDM.
Majlis ini telah dilaksanakan secara ringkas dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan kerajaan.
 
MOTOR2
 
Justeru, dengan penerimaan aset terbaharu ini, ia amat bertepatan dengan salah satu penumpuan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 “Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan” iaitu penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TDM berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.
 
Turut sama hadir adalah Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo bin Abdullah serta penglibatan minima Pegawai Kanan TDM.