WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PM192 1PORT DICKSON, 20 Februari 2021 - Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 192/20 dan Wanita Siri 46/20, telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, bertempat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
Seramai 1,769 orang Perajurit Muda yang terdiri daripada 1,538 Perajurit Muda Lelaki dan 231 Perajurit Muda Wanita telah berjaya menamatkan latihan bagi pengambilan kali ini. Kesemua Perajurit Muda ini telah memulakan latihan sejak 28 Ogos 2020 yang lalu dan menjalani latihan asas meliputi aspek pembinaan karakter, pengetahuan am ketenteraan, pengendalian senjata, latihan jasmani dan kemahiran perang serta aspek pengukuhan kerohanian dan moral.
 
Walaupun negara masih lagi berhadapan dengan situasi penularan wabak COVID-19, ditambah dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Negeri Sembilan, namun acara perbarisan ini tetap diadakan, kerana ia merupakan peristiwa paling bersejarah bagi permulaan perjalanan kerjaya sebagai seorang perajurit. Justeru, bagi memastikan pematuhan kepada SOP berkaitan, perbarisan telah dilaksanakan di dalam dua sesi. Setiap sesi terdiri daripada 885 orang Perajurit Muda.
 
 
PM192 2
Seramai tujuh orang Perajurit Muda, terdiri daripada lima Perajurit Muda Lelaki dan dua Perajurit Muda Wanita telah berjaya memenangi anugerah sebagai pengiktirafan kepada pencapaian serta kecemerlangan semasa latihan. Penyampaian pelbagai anugerah tersebut turut disempurnakan oleh Tan Sri PTD.
 
Kesemua Perajurit Muda ini akan diserapkan ke dalam pelbagai Kor di dalam Tentera Darat dan akan menjalani latihan yang bersesuaian dengan penugasan mengikut Kor masing-masing.
Siri pengambilan Perajurit Muda TDM akan diteruskan walaupun berada dalam situasi pandemik Covid-19 sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Keutuhan Organisasi.
Turut sama hadir ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Nazari bin Abd Hadi, serta penglibatan minimum Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia.