WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

PM192 4

PORT DICKSON, 20 Februari 2021 - Seramai 1,769 Perajurit Muda (PM) Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berjaya menamatkan latihan yang bermula pada 28 Ogos 2020 hingga 20 Februari 2021. Acara Perbarisan Tamat Latihan telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.
 
Tiga daripada pelbagai anugerah telah berjaya diperolehi oleh PM yang berasal dari Sarawak. Bagi anugerah utama, Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik, ianya disandang oleh PM Mohamad Irwan bin Kipawi, 20 tahun yang berasal dari Sarawak. Penganugerahan adalah berdasarkan kepimpinan, dedikasi tinggi, bertanggungjawab serta mencapai keputusan purata yang cemerlang daripada PM yang lain dalam semua bidang. Manakala, Perajurit Muda Akademik Terbaik dianugerahkan kepada PM Sofwan Syahmi bin Norazizi, 23 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak.
 
Untuk Perajurit Muda Kecergasan Jasmani Terbaik, ianya telah dianugerahkan kepada PM Adi bin Ali, 23 tahun yang berasal dari Keningau, Sabah.Anugerah kedua yang diperolehi oleh PM dari Sarawak ialah Perajurit Muda Kawad Terbaik. Ianya telah dianugerahkan kepada PM Muhammad Fairuz bin Hazman yang berusia 20 tahun. Anugerah ketiga yang dimenangi oleh PM dari Sarawak ialah Perajurit Muda Penembak Terbaik. Ianya dianugerahkan kepada PM Justin Robinson Ak Jonathan yang berusia 20 tahun. Untuk Perajurit Muda Wanita Keseluruhan Terbaik, ianya disandang oleh PM Wanita Nurul Ain Najwa binti Mohd Isa, 21 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan. Manakala, Perajurit Muda Wanita Akademik Terbaik disandang oleh PM Wanita Nur Syazana binti Tarmuji, 25 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak. Bagi Kompeni Terbaik bagi siri kali ini telah dianugerahkan kepada Kompeni Bravo.
 
PM192 7
 
Tan Sri PTD turut meluangkan masa beramah mesra dengan keluarga ketujuh-tujuh PM yang menerima pelbagai anugerah melalui platform sidang video.  Secara umumnya, objektif latihan PM ini dilaksanakan adalah bagi melahirkan PM yang berkeyakinan diri, berketerampilan, berdisiplin serta kompeten untuk mencapai kualiti sumber manusia yang terbaik sesuai dengan kehendak TD. Modul Latihan Asas PM ini juga dibahagikan kepada beberapa komponen utama meliputi pembinaan karakter, pengetahuan am ketenteraan, latihan jasmani, pengendalian senjata, latihan kemahiran perang di samping pengukuhan kepada aspek kerohanian pendidikan Islam bagi yang beragama Islam dan kelas pendidikan moral dan etika kepada yang bukan beragama Islam.
  
Siri pengambilan PM TDM akan tetap diteruskan walaupun berada dalam situasi pandemik Covid-19. Ianya sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Keutuhan Organisasi. Turut sama hadir ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Nazari bin Abd Hadi, serta penglibatan minimum Pegawai-pegawai Kanan TDM.