WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 MENHAN2
SEREMBAN, 20 Februari 2021 - Sempena kunjungan Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, ke Formasi Briged Pertama Infantri (1 Bgd), YB Menteri turut berkesempatan menyantuni waris dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menghidap penyakit kritikal.
 
YB Menteri bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, terlebih dahulu mengunjungi kediaman Bdr Johari bin Ismail, anggota Kem 1 Bgd. Beliau adalah bapa kepada adik Muhammad Aisy Bazli berusia 12 tahun, yang menghidap penyakit Jantung Berlubang dan _Dyslexia_, sejak berusia 2 minggu. Kini, adik Aisy perlu menjalani rawatan berkala untuk penyakit jantungnya setahun sekali manakala bagi penyakit _Dyslexia,_ rawatan terapi di Hospital Tuanku Jaafar dibuat setiap 2 bulan.
 
MENHAN5
 
Seterusnya, YB Menteri dan Tan Sri PTD menyantuni adik Nur Shahida, anak kepada Kpl Mohamad Shahzwan bin Sabidi, anggota Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (24 RAMD). Adik Shahida berusia 4 tahun dikesan menghidap penyakit _Right Gluteal Lymphotic Malformation_ (Ketumbuhan Tulang Pinggul Kanan) yang dikesan ketika berusia 7 bulan. Adik Shahida perlu menjalani rawatan berkala di Hospital Kuala Lumpur. Waris terakhir yang disantuni ialah adik Muhamad Mustaqim Khalish, 4 tahun. Adik Mustaqim, anak kepada Kpl Khairi bin Mat Piah, anggota 24 RAMD, dikesan menghidap Talasemia, sejak berusia 6 bulan. Adik Mustaqim juga perlu menjalani rawatan berkala di Hospital Tuanku Jaafar.
 
Kunjungan YB Menteri dan Tan Sri PTD diakhiri dengan menyantuni Sjn Norhayat bin Mohd Noh, anggota Skuadron Semboyan Briged Pertama Infantri (1 SSB). Sjn Norhayat dikesan menghidap Kanser Perut Tahap 3 pada 28 Ogos 2019 yang lalu. Beliau yang telah menjalani beberapa siri kemoterapi, akan meneruskan rawatan berkala pada setiap 3 bulan di Institut Kanser Negara.
 
MENHAN6
Di kesempatan ini, YB Menteri dan Tan Sri PTD telah memakaikan pangkat SSjn kepada Sjn Norhayat. Pemakaian pangkat tersebut berkuatkuasa serta merta. Dalam setiap kunjungan kebajikan, YB Menteri dan Tan Sri PTD turut menyampaikan sumbangan berupa kewangan dan barangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh anggota TDM tersebut. TDM merakamkan penghargaan di atas kesudian YB Menteri untuk menyantuni waris dan anggota TDM yang menghidap penyakit kritikal sebegini. Kunjungan sebegini juga bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" dan diharapkan ia akan diteruskan pada masa mendatang.