WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
SIAGAPTD122 Februari 2021 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan lawatan ke Kem JPG Serikin, Sarawak sempena dengan kehadiran beliau ke Kawasan Serikin menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Op BENTENG.
 
Kem JPG Serikin, merupakan salah sebuah lokasi yang menempatkan trup Tentera Darat Malaysia (TDM) yang terlibat dalam tugas kawalan sempadan Sarawak – Kalimantan melalui pelaksanaan Op AWAS/KERIS PARANG.
Ketibaan Tan Sri PTD, telah disambut oleh Pegawai Memerintah pasukan yang sedang beroperasi dan seterusnya menerima taklimat berkaitan penugasan dan pelaksanaan operasi di kawasan tersebut. Sempena kunjungan ini juga, Tan Sri PTD berkesempatan untuk menanam sebatang pokok di kawasan kem berkenaan.
 
Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi beramah mesra bersama pegawai dan anggota yang sedang beroperasi. Tan Sri PTD, di dalam ucapannya kepada seluruh anggota di kem tersebut mengingatkan kepada mereka agar kekal fokus serta mengekalkan tahap disiplin ketika menjalankan tugas. Selain itu beliau juga mengingatkan anggota supaya tidak terlibat dengan kesalahan disiplin seperti penyalahgunaan dadah dan ketum kerana ianya boleh mengundang kemudaratan kepada perkhidmatan dan kesihatan.
 
Aturcara lawatan kali ini, turut diserikan dengan Upacara Penyerahan Pisau Tempur Tentera Darat oleh Tan Sri PTD kepada Panglima Divisyen Pertama Infantri (1 Div), Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli bin Hj Mustaffa dan Panglima-Panglima Briged di bawah naungan 1 Div.
 
Lawatan ‘turun padang’ ke kawasan operasi sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke – 28, iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan”. Tahap profesionalisme anggota yang bertugas di kawasan operasi dan keupayaan aset operasi harus dipertingkatkan bagi memastikan kelancaran dalam pelaksanaan kawalan sempadan pada tahap terbaik.
 
SIAGAPTD2