WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
LAWATAN1
KUCHING, 22 Februari 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, telah berkesempatan menyantuni waris dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menghidap penyakit kritikal di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Penrissen, Kuching, Sarawak. Lawatan kebajikan tersebut diadakan bersempena dengan kehadiran Tan Sri PTD menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Op BENTENG.
 
Lawatan Kebajikan dimulakan dengan mengunjungi kediaman Leftenan Kolonel Salleh bin Mohammad yang merupakan Ketua Staf di Markas Briged Ketiga Infantri (MK 3 Bgd). Beliau telah disahkan menghidap penyakit Stroke. Berikutan bekas pembedahan di kepala beliau didapati bengkak, pembedahan dilakukan sekali lagi bagi membuang bengkak di bahagian otak. Berlanjutan dari itu, sehingga kini beliau masih belum sedarkan diri (koma).
 
LAWATAN2
 
Seterusnya, Tan Sri PTD menyantuni anak kepada Koperal Suhaizee bin Abdul Razak yang merupakan anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja yang berkhidmat di Skuadron Ketiga Rejimen Askar Jurutera Diraja (3 Skn RAJD). Adik Nurul Syifa Syakirah telah menghidap penyakit Angleman Syndrome pada usia 2 tahun oleh pihak Hospital Umum Kuching, Sarawak. Kini, beliau perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan kesihatan secara berkala di Hospital Umum Kuching, Sarawak.
 
Dalam kesempatan ini, Tan Sri PTD telah menyempurnakan pemakaian pangkat Sarjan kepada Koperal Suhaizee. Tahniah Sarjan Suhaizee bin Abdul Razak.
Waris terakhir yang disantuni ialah anak kepada Koperal Morni bin Rahman yang merupakan anggota Kor Armor Diraja, berkhidmat di Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (4 KAD). Adik Muhammad Hafizal Alias telah disahkan menghidap Autisme (Permasalahan Pertuturan) oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan sejak dilahirkan pada 31 Julai 2007. Kini, beliau perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan kesihatan secara berkala di Hospital Umum Kuching, Sarawak.
LAWATAN3
Mengakhiri pertemuan ini, Tan Sri PTD turut memakaikan pangkat Sarjan kepada Koperal Morni. Tahniah Sarjan Morni bin Rahman. Setiap waris yang disantuni telah menerima sumbangan dari Tan Sri PTD berbentuk hamper, barangan harian, sumbangan peribadi dan sumbangan dari Tabung Kebajikan TD bagi meringankan beban yang ditanggung oleh anggota.
 
Siri lawatan kebajikan sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga".