WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
JIWAMURNI1
GEDONG, SIMUNJAN, 23 Februari 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, telah merasmikan Pelancaran Projek Jiwa Murni (PJM) sempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-88 bertempat di Gedong, Sarawak.
 
Sambutan pada tahun ini bertemakan, “Sinergi Tentera Darat Dan Rakyat : Tunjang Kedaulatan Negara”. Tema ini membawa maksud, hubungan erat yang dijalinkan di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan rakyat adalah salah satu elemen penting bagi mendukung pencapaian 5 Tonggak Perintah Ulung Panglima Tentera Darat sebagaimana yang telah digariskan.
 
JIWAMURNI3Simbolik kepada pelancaran PJM di Gedong pada hari ini, telah dilaksanakan di perkarangan kediaman Encik Rahim bin Bujang Ahmad. Encik Rahim merupakan seorang penduduk kampung di Gedong yang menghidapi penyakit Stroke. Setelah mengambilkira keadaan kediaman dan keupayaan Encik Rahim serta keluarga beliau, ADUN Gedong telah bersetuju untuk membantu keluarga Encik Rahim ini dengan melaksanakan projek membaik pulih kediaman beliau dengan bantuan kepakaran dari Skuadron Ketiga Rejimen Askar Jurutera Diraja (3 Skn RAJD).
 
Untuk pelaksanaan PJM di seluruh negara, sebanyak 56 buah projek telah dikenalpasti dan dirancang melibatkan peruntukan kira-kira RM 3 juta. Keseluruhan projek ini melibatkan kerjasama serta peruntukan daripada kerajaan negeri, pemimpin setempat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Jumlah projek-projek seumpama ini akan bertambah dari semasa ke semasa.
 
Sementara itu, untuk PJM di Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak telah bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak RM 1.5 juta bagi melaksanakan PJM meliputi tiga kawasan iaitu Gedong, Simunjan dan Sadong Jaya. Sejumlah RM 500,000.00 telah diperuntukkan bagi PJM di Gedong, manakala baki selebihnya akan diperuntukkan bagi Simunjan dan Sadong Jaya.
 
Sebanyak 17 buah PJM sedang dilaksanakan di Gedong, meliputi kerja-kerja seperti membaik pulih 12 buah rumah, membina tiga titi baru bagi tiga buah rumah, menyelenggara Tanah Perkuburan Islam Gedong serta menyelenggara dan mengecat Masjid Gedong.
 
TDM akan terus komited dalam membantu rakyat yang memerlukan, terutama golongan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-28 yang menekankan peningkatan hubungan Tentera Darat bersama awam.
 
JIWAMURNI2
Turut hadir dalam acara berkenaan adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Datuk Sri Haji Mohd Abu Bakar bin Marzuki, Ahli Dewan Undangan Negeri Gedong, YB Datuk Haji Mohd Noroden bin Haji Majais, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki bin Muhammad serta penglibatan minima Pegawai Kanan dan anggota TDM.