WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KhutbahTD1
SUNGAI BESI, 26 Februari 2021 - Sempena menyambut tibanya Hari Tentera Darat Ke-88, Khutbah Khas Solat Jumaat telah diadakan bertempat di Masjid Angkatan Tentera, Kem Perdana Sungai Besi.
 
Solat Jumaat tersebut yang turut disertai oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, mengutarakan khutbah bertajuk "Sinergi Tentera Darat dan Rakyat : Tunjang Kedaulatan Negara", yang disampaikan oleh Pengarah Agama Markas Tentera Darat, Kolonel Haji Mohd Rashidi bin Bujai.
 
KhutbahTD2Khutbah khas ini turut disampaikan serentak di seluruh masjid serta surau di dalam kem Tentera Darat Malaysia (TDM) di seluruh negara. Solat Jumaat telah dilaksanakan secara ringkas dengan pematuhan kepada Prosedur Tetap Operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepertimana ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini termasuklah menghadkan kehadiran jemaah serta mematuhi penjarakan fizikal.
 
Acara sebegini akan terus dilaksanakan sejajar dengan salah satu penumpuan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke - 28, "Pelestarian Kesejahteraan Warga", iaitu memberi tumpuan terhadap aspek kerohanian.
 
Turut hadir ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, pegawai kanan TDM berpangkat Mejar Jeneral ke atas yang berkhidmat di Markas Angkatan Tentera Malaysia dan penglibatan minimum pegawai kanan serta anggota Markas Tentera Darat dan Kem Perdana Sungai Besi.