WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
ARMY41
PORT DICKSON, 1 Mac 2021 - Pelan Pembangunan Keupayaan Strategik Tentera Darat (Army 4nextG) 2021-2050 dan Buku Sistem Pengurusan Strategik Tentera Darat (SPS TD) 2021-2025 telah dilancarkan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).
 
Pelancaran kedua-dua dokumen berkenaan telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain bersempena dengan Sambutan Hari Tentera Darat Ke-88.
 
Army 4nextG yang dirangka bagi tempoh 30 tahun merupakan pelan strategik jangka masa panjang TDM berdasarkan keupayaan untuk TDM beroperasi secara serentak di dua wilayah. Dengan adanya pelan berkenaan, ianya akan menyediakan TDM untuk menjadi sebahagian daripada 'Angkatan Masa Hadapan' yang berupaya melaksanakan tugas dalam persekitaran pelbagai domain.
 
Manakala Buku SPS TD pula merupakan rujukan dan panduan kepada semua lapisan pemerintahan TDM bagi mencapai visi, misi dan objektif yang ditetapkan. Buku berkenaan turut mendukung Kertas Putih Pertahanan, Pelan Strategik Mindef, Sistem Pengurusan Strategik ATM 2021-2025, 4D MAF dan Army 4nextG.
 
ARMY42
Dalam majlis yang sama, Tan Sri PTD turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang penulisan Sorotan Darat dan Pertandingan Esei PTD Tahun 2020. Dalam majlis tersebut, Tan Sri PTD turut berkesempatan memotong pulut kuning dan kek sempena Hari TD Ke-88. Kek tersebut merupakan sumbangan dari Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM.
 
Hadir sama ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mohammad bin Ab Rahman serta Pegawai-pegawai Kanan TDM.