WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Darah2
KUALA LUMPUR, 2 Mac 21 - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan perasmian Program Derma Darah Perdana Sempena Hari Tentera Darat Ke-88 bertempat di Dewan Dato’ Jamil Ahmad, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.
 
Seramai 222 penderma yang terdiri dari pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) dan Trup PMBTD hadir untuk menderma darah dalam program ini.
 
Kempen berterusan selama enam bulan akan dilaksanakan secara serentak oleh formasi-formasi di bawah naungan Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) dan Perintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) dengan menyasarkan 4,622 unit darah setahun bagi menyumbang kepada 25 peratus daripada keseluruhan perolehan Tabung Darah Negara.
 
Darah5Program Derma Darah seperti ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan pada setiap kali berlangsungnya Hari Tentera Darat saban tahun. Pelaksanaan program ini yang merupakan tanda kerjasama erat Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan Pusat Darah Negara dan secara langsungnya membuktikan pengorbanan warga TDM demi kepentingan masyarakat umum.
 
Program sebegini yang diadakan pada hari ini bertujuan untuk mendokong Tonggak Kelima kepada Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu menekankan peningkatan hubungan baik Tentera Darat dengan agensi awam, khususnya dalam usaha membantu Pusat Darah Negara mengisi keperluan Tabung Darah Negara yang pastinya memberi manfaat kepada masyarakat.
 
Walaupun program ini dijalankan di dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), program ini telah dilaksanakan dengan tatacara yang teliti dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
 
Hadir sama dalam program berkenaan ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati binti Abu Amin serta penglibatan minimum pegawai kanan dan anggota LLP TDM.
 
Darah1