WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Smartpole2
KUALA LUMPUR, 2 Mac 21 – Sebuah projek mempertingkatkan capaian internet dan pemantauan keselamatan kem, hasil kolaborasi Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Syarikat Platinum Core Solutions Sdn Bhd dan rakan kongsinya dari Syarikat Kenari Maluri Group Sdn Bhd, dilancarkan di Kem Perdana Sungai Besi, pada hari ini.
 
Pelancaran projek yang dikenali sebagai ‘Smart Pole’ dilancarkan sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke–88. Perasmian pelancaran projek tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.
 
Smartpole3Projek rintis yang dilaksanakan di Kem Perdana Sungai Besi ini merupakan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) yang menyediakan kemudahan capaian internet (WiFi) buat warga kem, serta penyediaan televisyen litar tertutup (CCTV) dan pencahayaan lampu limpah, bagi memudahkan pemantauan kawalan keselamatan kem.
 
Projek 'Smart Pole' Tentera Darat ini merupakan insiatif yang mendukung Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga Tentera Darat.
 
Turut hadir semasa pelancaran ini ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Pengerusi Platinum Core Solutions Sdn Bhd, Dato’ Ir Hj Mohd Zaini bin Abdullah, Pengerusi Kenari Maluri Group Sdn Bhd, Datuk Tun Hasnul Azam bin Dato’ Seri Tun Hamzah serta penglibatan minima pegawai kanan dan anggota Lain-Lain Pangkat TDM.