WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
73SSGAPU2
KUALA LUMPUR, 2 Mac 21 – Kompleks 73 Skuadron Semboyan Gerup Artileri Pertahanan Udara (73 SS GAPU) merupakan pembinaan bangunan baharu bagi menempatkan pasukan ke lokasi baharu. Pasukan ini dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan rumah “Satu Anggota Satu Rumah” (SASaR) yang berhampiran dengan lebuh Raya MRR2.
 
Bangunan Kompleks 73 SS GAPU dirasmikan di Kem Perdana Sungai Besi bersempena Hari Tentera Darat Ke-88 terletak berhampiran dengan Markas GAPU.
Projek pembinaan kompleks ini secara ‘One To One Basis’ yang bernilai RM 14.7 juta melibatkan 10 bangunan yang lengkap dengan kemudahan fasiliti. Susun atur bangunan serta kelengkapan pejabat yang baharu ini diharapkan memberikan keselesaan kepada warga 73 SS GAPU memenuhi keperluan strategik komunikasi Markas GAPU.
 
73SSGAPU3
 
Perasmian ini merupakan insiatif yang mendukung Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga Tentera Darat.
Turut hadir semasa pelancaran ini ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan serta penglibatan minimum pegawai kanan dan anggota Lain-Lain Pangkat TDM.