WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Siber991
KUALA LUMPUR, 2 Mac 21 – Pasukan 99 Rejimen Semboyan Peperangan Siber (99 RSPS) merupakan suatu manifestasi kesungguhan Tentera Darat Malaysia (TDM) di dalam usaha memperkasakan keupayaan dan kesiagaan bagi menghadapi cabaran dan ancaman siber.
 
Acara perasmian rejimen berkenaan telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, sempena Hari Tentera Darat Ke-88 di Kem Perdana Sungai Besi.
 
Siber992
 
Mengambilkira perolehan aset dan sistem terkini, TDM akan terus berusaha untuk memperkukuh, mempertahankan dan mengintegrasikan Sistem Command, Control, Communication, Computer, Inteligence, Reconnaissance and Targetting (C4ISRT).
 
Misi utama penubuhan rejimen tersebut adalah untuk menguasai domain siber bagi mencapai objektif Peperangan Informasi Tentera Darat yang merangkumi operasi di dua wilayah, sama ada di dalam masa aman, konflik atau peperangan.
Siber993
 
Perasmian ini merupakan insiatif yang mendukung Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Keutuhan Organisasi. Turut hadir dalam acara pelancaran tersebut adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan serta penglibatan minimum warga Tentera Darat.