
Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk menyampaikan amanat YBhg Tan Sri PTD berkenaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Tentera Darat Malaysia.
Program imumisasi tersebut akan dilaksanakan secara berfasa, di mana bagi Fasa 1, Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menerima peruntukan vaksin untuk kira-kira 26,500 orang. Program ini diadakan bertujuan untuk memperlahankan penularan COVID-19, melindungi petugas barisan hadapan dan mengekalkan keupayaan serta kesiagaan ATM. Semua anggota TDM diwajibkan untuk mengambil vaksin tersebut.
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad bin Ab Rahman, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Hj Subari bin Hj Tomo serta penglibatan minima Pegawai-pegawai Kanan Markas Tentera Darat, sejajar dengan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa.