WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
SembahMengadap1
KUANTAN, 4 Mac 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
 
Sembah Mengadap ini adalah bersempena dengan pelantikan Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain sebagai Panglima Tentera Darat Ke-28 pada 11 Jun 2020 yang lalu. Beliau turut mempersembahkan cendera kenangan ke hadapan KDYMM Pemangku Raja Pahang.
 
Turut mengiringi Acara Sembah Mengadap adalah Panglima Briged Keempat Infantri (Mekanize) (4 Bgd Mek), Brigedier Jeneral Zaidan bin Atan.