WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
 
Kehormat4
 
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG DIANUGERAHKAN PANGKAT KEHORMAT JAWATANKUASA PENDUKUNG ASKAR WATANIAH (JAKPAW) NEGERI PAHANG
 
KUANTAN, 4 Mac 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Sultan Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan untuk bercemar duli ke Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah.
 
Majlis yang berlangsung di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang, turut dihadiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.
 
Kehormat1Pimpinan Kerajaan Negeri Pahang yang dianugerahkan pangkat Kehormat Askar Wataniah ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang dianugerahkan pangkat Brigedier Jeneral Kehormat, selaku Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Pahang.
Sementera itu, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak, dikurniakan pangkat Kolonel Kehormat dan dilantik sebagai Pengerusi JAKPAW Negeri Pahang.
 
Penganugerahan Pangkat Kehormat Askar Wataniah ini adalah sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke–28, iaitu “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”. Adalah menjadi harapan Tentera Darat Malaysia (TDM), dengan penganugerahan pangkat dan pelantikan jawatan pimpinan JAKPAW Negeri Pahang ini, akan meningkatkan lagi penglibatan anak watan Pahang di dalam Askar Wataniah.
 
 
 
 
Kehormat2
 
Turut hadir di dalam majlis ini adalah Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima Briged Keempat Infantri (Mekanize) (4 Bgd Mek), Brigedier Jeneral Zaidan bin Atan serta penglibatan minimum pegawai kanan TDM.