WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Tahir3
BERA, PAHANG, 6 Mac 2021 – Projek Jiwa Murni (PJM) sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke–88 (HTD Ke-88), diteruskan di Kampung Kuala Triang, Bera, Pahang.
Sehubungan itu, Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, ‘turun padang’ bagi meninjau perkembangan PJM di lokasi tersebut.
 
Untuk PJM kali ini melibatkan projek membina sebuah rumah baru untuk Encik Mohd Tahir bin Nong Chik, 64 tahun, seorang penduduk Kampung Kuala Triang, Bera, Pahang. Kediaman asal Encik Tahir yang dibina di atas tanah milik ibunya, sudah tidak sesuai untuk didiami. Sehubungan itu, pihak Kerajaan Negeri Pahang dan Tentera Darat Malaysia (TDM), membuat keputusan untuk membina sebuah rumah baru yang terletak sejauh 300 meter dari rumah sedia ada.
 
Dalam kunjungan YB Dato' Sri MENHAN dan Tan Sri PTD ke tapak PJM tersebut, acara telah dimulakan dengan taklimat pelaksanaan keseluruhan rancangan PJM sempena HTD Ke-88 oleh Ketua Jurutera Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato Pahlawan Ir Hj Chapiti bin Hj Redzwan. Acara diteruskan dengan simbolik pelancaran projek yang mana para tetamu kenamaan meletakkan batu bata bagi pembinaan dinding rumah.
 
Tahir4
 
Pembinaan rumah baru itu ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pahang dan projek pembinaan dilaksanakan sepenuhnya oleh anggota Skuadron Ke-11 Rejimen Askar Jurutera Diraja (Mekanise) (11 Skn RAJD Mek) serta dibantu oleh anggota Rejimen Ke-34 Artileri Diraja (34 RAD). Jangkamasa siap pembinaan selama 50 hari.
 
Tahir2TDM merakamkan penghargaan di atas kesudian YB Dato' Sri MENHAN untuk ‘turun padang’ dan sekaligus telah merangsang semangat anggota TDM yang bertugas di lapangan. TDM juga akan terus komited dalam membantu rakyat yang memerlukan, terutama golongan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 yang menekankan peningkatan hubungan Tentera Darat bersama awam.
 
Secara keseluruhannya, TDM telah merancang sebanyak 60 PJM sempena HTD Ke-88 dengan peruntukan sebanyak kira-kira tiga juta ringgit yang diperolehi daripada Kementerian Pertahanan, Kerajaan Negeri, Pemimpin Tempatan dan Badan Bukan Kerajaan.
 
Turut hadir dalam acara berkenaan adalah Pengerusi Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang, Dato’ Seri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertahanan, Datuk Hj Ruji bin Hj Ubi.