WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Penyeludup1
PADANG TERAP, 7 Mac 2021 - Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui unit yang sedang melaksanakan operasi dibawah formasi Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan tangkapan melibatkan lima orang penyeludup yang cuba menyeludup keluar 11 guni daun ketum seberat 355.5kg ke Thailand. Kejadian tersebut berlaku di sektor OP BENTENG Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia pada 5 Mac 21.
 
Pada jam 4.45 petang, anggota bertugas telah melihat kelibat beberapa orang sedang berjalan di laluan permatang pada jarak lebih kurang 150m daripada lokasi Serang dan Tangkap (SERKAP). Ketua Tim SERKAP telah memaklumkan perkara tersebut kepada Ketua Sektor Bravo untuk bantuan Combat Tracking Team (CTT).
 
Hasil pemerhatian, pada jam 10.00 malam didapati terdapat aktiviti yang mencurigakan di laluan permatang tersebut. Pada jam lebih kurang 10.30 malam, Tim SERKAP telah membuat serbuan ke atas lima lelaki Warganegara Thailand yang sedang membawa 11 Beg Guni berisi daun ketum menuju ke sempadan untuk diseludup ke negara Thailand.
 
Hasil serbuan telah berjaya menahan tiga lelaki warganegara Thailand dan saki baki telah berjaya melarikan diri ke kawasan hutan. Pada jam 10.30 malam, hasil penjejakan Tim CTT telah berjaya mengesan lokasi dua penyeludup yang sedang bersembunyi pada jarak 30m daripada lokasi serbuan. Dua orang penyeludup tersebut telah berjaya ditahan.
 
Penyeludup2
 
Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 10,681.00 melibatkan daun ketum dan wang tunai Matawang Thailand 120 Bath (RM 16.00). Tangkapan dan rampasan akan dibawa dan diserahkan ke IPD Padang Terap untuk tindakan pihak PDRM selanjutnya.
 
Kejayaan ini adalah selari dengan hasrat Panglima Tentera Darat (PTD) melalui Perintah Ulung PTD dalam menentukan sesuatu operasi itu dilaksanakan dengan baik dan efektif melalui penekanan kepada Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan. Hasilnya unit pelaksana operasi telah berjaya dalam mengawal persempadanan negara.