WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PATI 6
 
KOTA TINGGI, 7 Mac 2021 - Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui unit yang sedang melaksanakan operasi dibawah formasi Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan tangkapan melibatkan 37 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia yang cuba masuk dari Negara ini dan masuk melalui jalan yang tidak sah bersama mayat seorang wanita. Kejadian tersebut berlaku di sektor OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) pada 6 Mac 21 jam 5.40 pagi, 9.30 pagi dan 10.40 pagi.
 
Anggota petugas Pos Pemerhati telah mengesan kehadiran bot sedang menurunkan PATI berhampiran kawasan pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Hasil serbuan pada jam 5.40 pagi telah berjaya menahan seramai 13 PATI.
 
PATI 2
 
Susulan daripada itu, Tim QRF yang melakukan penjejakan telah mengesan kehadiran orang awam di dalam belukar berhampiran bangunan hotel terbiar, Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hasil serbuan yang dilakukan pada jam 9.30 pagi telah berjaya menahan 19 PATI. Manakala 5 lagi PATI turut ditahan pada jam 10.40 pagi.
 
PATI 1Dalam serbuan itu juga turut menemui mayat seorang wanita dipercayai merupakan dari kumpulan yang sama dengan PATI yang ditahan. Kes penemuan mayat tersebut diserahkan kepada pihak PDRM untuk dibuat siasatan lanjut dan telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat. Kesemua 37 PATI yang ditahan terdiri daripada 22 lelaki dan 15 wanita berusia sekitar 21 hingga 51 tahun dipercayai baru tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.
 
Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM RM 29,229.30 melibatkan wang tunai Matawang Ringgit Malaysia RM 1,903.30, Matawang Indonesia IDR 31,986,300 (RM 9,047.65), 31 buah Telefon bimbit serta barangan kemas. Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas. Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.
 
Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. Kejayaan ini adalah selari dengan hasrat Panglima Tentera Darat (PTD) melalui Perintah Ulung PTD dalam menentukan sesuatu operasi itu dilaksanakan dengan baik dan efektif melalui penekanan kepada Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan. Hasilnya unit pelaksana operasi telah berjaya dalam mengawal persempadanan negara.