WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
LawatanMBSarawak1
KUCHING, 9 Mac 2021 – Aturcara Lawatan Ulung Panglima Tentera Darat (PTD) , Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, ke Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, dimulakan dengan acara Kunjungan Hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, bertempat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
 
Kunjungan Hormat ini merupakan kunjungan rasmi Tan Sri PTD sejak beliau menjawat jawatan Panglima Tentera Darat Ke–28 pada 11 Jun 2020 yang lalu.
Selain itu, Tan Sri PTD turut memaklumkan berkenaan beberapa aktiviti sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke–88 khususnya yang berkaitan dengan Program Jiwa Murni yang dilaksanakan di Sarawak. Tan Sri PTD turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sarawak di atas sumbangan peruntukan bagi menjayakan PJM tersebut.
 
Turut dibincangkan adalah rancangan pembinaan empat buah pos imbangan di sempadan dan juga keperluan pembinaan Kem di Bintulu bagi pasukan Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan (7 RS).
 
LawatanMBSarawak2Sempena kunjungan ini juga, Tan Sri PTD turut menyampaikan Pisau Tempur Tentera Darat kepada YAB Ketua Menteri Sarawak sebagai cendera kenangan.
Turut hadir ketika kunjungan hormat adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi Sarawak), Dato' Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki manakala delegasi Tan Sri PTD terdiri daripada Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki bin Muhammad dan Panglima Divisyen Pertama Infantri (1Div), Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli bin Mustaffa.