WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BAKATMALBAT1
MENTAKAB, 9 Mac 2021 – Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Zainuriah binti Haji Mustapha berkesempatan hadir di Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja Mekanize (7 RRD Mek) bagi menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Bersama Keluarga MALBATT 850-8.
 
Keluarga yang diraikan merupakan para petugas bagi Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (MALBATT 850-8) yang telah diatur gerak di Lubnan sejak 1 Oktober 2020 dan dijangka tamat misi dan kembali ke tanahair pada 1 Oktober 2021.
 
Dalam majlis tersebut, Puan Sri Datin Zainuriah binti Haji Mustapha juga meluangkan masa bersuai kenal bersama ahli keluarga MALBATT 850-8 dan turut juga bersama dalam interaksi maya secara sidang video bersama para petugas di Lubnan.
 
BAKATMALBAT2Majlis ini diadakan sebagai menyokong tonggak ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga dalam aspek penekanan kebajikan dan kesejahteraan warganya. Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat juga turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur sebagai memberi sokongan moral kepada ahli-ahli BAKAT yang berjauhan daripada suami melaksanakan misi dan tugas demi keamanan sejagat. Riak wajah kegembiraan keluarga para petugas MALBATT 850-8 jelas terpancar melalui interaksi maya yang dilaksanakan.
 
Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT dan seluruh ahli BAKAT Darat mendokan agar para petugas yang sedang melaksanakan misi MALBATT 850-8 dapat menunaikan tanggunggjawab dan tugas dengan selamat sehingga tamat misi kelak.
 
Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Ramlah binti Dawi, Naib Pengerusi 1 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Hartiah binti Hamzah, Naib Pengerusi 2 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Sdafra' binti Hj Ahmad, Datin Haslinda binti Mohd Ali, Pengerusi BAKAT 3 Divisyen serta ahli-ahli BAKAT.