WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
LAWATANPMTTD1
KUCHING, 9 Mac 2021 – Ibarat ‘sirih pulang ke gagang’, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, kembali ke Kem Muara Tuang untuk melakukan Lawatan Ulung ke Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD).
 
Lawatan ini merupakan lawatan rasmi sejak beliau menjawat jawatan Panglima Tentera Darat Ke-28 pada 11 Jun 2020 yang lalu. Ketibaan Tan Sri PTD di perkarangan MK PMTTD, disambut oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki bin Muhammad dan Panglima Divisyen Pertama Infantri (1 Div), Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli bin Mustaffa.
 
Seterusnya, Tan Sri PTD diberi penghormatan untuk memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) di Padang Kawad Kem Muara Tuang. KKU diketuai oleh Mejar Muhamad Firdaus bin Zainal, berkekuatan tiga pegawai dan 103 anggota Lain-lain Pangkat (LLP). KKU berkenaan diiringi oleh Brassband Gabungan Rejimen Ke-11 Rejimen Askar Melayu DiRaja (11 RAMD), Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu DiRaja (13 RAMD) dan Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (4 KAD) yang diketuai Pegawai Waran II Mohd Haferoz bin Jamaludin.
 
Seterusnya, Tan Sri PTD diperkenalkan kepada barisan Pegawai Staf MK PMTTD dan MK 1 Div. Lawatan diteruskan dengan sesi penyampaian taklimat meliputi aspek operasi, tadbir dan logistik yang disampaikan bersama oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat dan Panglima 1 Div.
 
LAWATANPMTTD2Dalam majlis yang sama, Tan Sri PTD turut berkesempatan untuk menyerahkan peruntukan Kelab Sukan Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) kepada formasi di bawah naungan MK PMTTD bagi Peruntukan Tahun 2021. Aturcara lawatan diakhiri dengan acara menandatangani Buku Lawatan dan penyampaian cenderahati. Turut sama mengiringi lawatan ini adalah Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo bin Abdullah, Asisten-Asisten Ketua Staf Markas Tentera Darat dan Panglima-Panglima Formasi di bawah naungan PMTTD serta penglibatan minimum pegawai-pegawai, sejajar dengan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa.