WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Mahkamah1
 
KUCHING, 10 Mac 2021 – Sejarah tercatat di Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) apabila Bangunan Mahkamah Tentera (MT) Pemerintahan Medan Timur, dirasmikan pengoperasiannya di Kem Penrissen, Sarawak.
 
Perasmian bangunan tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, sempena Lawatan Ulung beliau ke MK PMTTD, pada hari ini. Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan demonstrasi _mock trial_ MT sebagai simbolik perasmian bangunan MT.
 
Bangunan MT ini didirikan selaras dengan penubuhan Sel Mahkamah Tentera Tentera Darat (SMT TD) pada Julai 2015 di mana pucuk pimpinan tertinggi Tentera Darat berhasrat untuk mengadakan bangunan MT tetap di beberapa wilayah pemerintahan termasuklah di Wilayah 2.
 
Pada 25 Jun 2019, Tan Sri PTD yang pada ketika itu merupakan Panglima Medan Timur Tentera Darat telah menzahirkan hasrat beliau agar Dewan Skuasy di Kem Penrissen (JKR 33) diubahsuai menjadi bangunan MT, Kuching. Di atas kesungguhan dan inspirasi Tan Sri PTD, kerja-kerja baik pulih Dewan Skuasy (JKR 33) telah direalisasikan pada 14 September 2020 dan telah siap sepenuhnya pada 5 Mac 2021.
 
Mahkamah2
Sebelum ini, perbicaraan MT di bawah Pemerintahan Medan Timur akan dilaksanakan di mana-mana ruang atau premis bersesuaian secara ‘ad hoc’. Pengubahsuaian sesuatu ruang untuk dijadikan MT ternyata menimbulkan kesukaran kepada pentadbiran pasukan setempat.
 
Dengan wujudnya bangunan MT yang baharu ini, sedikit sebanyak akan memudahkan urusan yang melibatkan perbicaraan bagi pasukan-pasukan di bawah Pemerintahan Medan Timur.
 
Selain itu, kemudahan ini juga boleh digunakan bersama oleh perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memandangkan tiada bangunan seumpamanya yang wujud di Wilayah Timur ini bagi tujuan perbicaraan oleh kedua-dua perkhidmatan tersebut.
 
Mahkamah3
 
Penubuhan bangunan khas MT ini merupakan insiatif yang mendukung Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang menitikberatkan kepada pemantapan tadbir urus di dalam Tentera Darat Malaysia.
 
Turut hadir dalam perasmian tersebut adalah Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki bin Muhammad dan Panglima Briged Ketiga Infantri (3 Bgd), Brigedier Jeneral Dato' Hj Azhar bin Hj Ahmad serta penglibatan minimum Pegawai-pegawai Kanan TDM, sejajar dengan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa.