WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
RKAT1
KUCHING, 10 Mac 2021 – Warga Kem Semenggo, Kuching, Sarawak, kini tersenyum gembira, apabila Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di penempatan tersebut telah siap dibina baharu dan dibaikpulih.
 
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, yang dalam rangka Lawatan Ulung ke Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD), telah berkesempatan untuk merasmikan RKAT tersebut.
 
Projek pembinaan RKAT Kem Semenggo ini telah dicadangkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang lalu. Kerja-kerja pembinaan dan membaikpulih melibatkan sebanyak 223 unit rumah telah bermula pada 9 Mac 2017. Keseluruhan projek pembinaan dan baikpulih ini telah siap sepenuhnya pada 22 Julai 2020, yang lalu.
 
RKAT2
Projek pembinaan RKAT Kem Semenggo ini, secara tidak langsung telah menyelesaikan permasalahan berkaitan penempatan dan kediaman anggota Tentera Darat Malaysia. RKAT ini bukan sahaja didiami oleh anggota Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD), bahkan turut dihuni oleh warga TDM yang bertugas di unit-unit berhampiran.
 
Turut hadir dalam perasmian RKAT tersebut adalah Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki bin Muhammad dan Panglima Briged Ketiga Infantri (3 Bgd), Brigedier Jeneral Dato' Hj Azhar bin Hj Ahmad serta penglibatan minimum Pegawai-Pegawai Kanan TDM, sejajar dengan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa.