WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
LawatanUlungPMTTD2
Kunjungan kebajikan ini yang merupakan sebahagian dari aturcara Lawatan Ulung PTD ke Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) yang bermula semalam, dimulakan dengan Tan Sri PTD mengunjungi adik Syah Amsyar, anak kepada Koperal Mohd Shahrul Azimi bin Hang Tuah. Adik Syah Amsyar disahkan menghidap penyakit Acute Leukemia (perkembangan yang cepat dan agresif) sejak berusia 3 tahun, iaitu pada 14 September 2018, yang lalu. Kini, adik Syah Amsyar perlu menjalani rawatan secara berkala di Hospital Umum Sarawak.
 
LawatanUlungPMTTD3
 
Seterusnya, Tan Sri PTD mengunjungi kediaman Pbt Mohd Syahdy bin Osman. Anak bongsu anggota, adik Hafizh Zikri disahkan menghidap penyakit fizikal, iaitu cacat di bahagian tangan kiri sejak dilahirkan pada 17 Ogos 2018. Kini, adik Hafizh Zikri perlu menjalani rawatan secara berkala di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Kem Semenggo.
 
Kunjungan Kebajikan kali ini diakhiri dengan Tan Sri PTD menyantuni Koperal Mohd Rubain bin Mahat, yang disahkan mengidap penyakit Buah Pinggang Kronik dan Darah Tinggi sejak 25 November 2019, yang lalu. Anggota juga telah menjalani pembedahan kecil di bahagian perut untuk memasukkan tiub saluran bertujuan bagi prosedur dialisis. Kini, anggota perlu menjalani dua jenis rawatan secara berkala di Hospital Umum Sarawak. Dalam lawatan ini juga Tan Sri PTD telah menganugerahkan pangkat Pemangku Sarjan kepada beliau. Tahniah Sarjan Mohd Rubain bin Mahat.
 
LawatanUlungPMTTD1
Setiap waris dan anggota yang disantuni oleh Tan Sri PTD turut menerima sumbangan berbentuk hamper, barangan harian, sumbangan peribadi dan juga sumbangan Tabung Kebajikan Tentera Darat bagi meringankan beban yang ditanggung oleh anggota.
 
Siri lawatan kebajikan sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga". Tonggak ini menumpukan kepada aspek kebajikan warga TDM.