WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Pandura4
NEGERI SEMBILAN: Seramai empat pegawai dan 76 anggota lain-lain pangkat (LLP) telah melaksanakan Latihan Kepakaran dan Kompetensi Elemen Tinjau dan Sniper Kompeni PANDURA (Para) bermula 1 hingga 7 Mac 2021 di Lapangsasar Gemas/Asahan.
 
Tujuan latihan ini adalah bagi memperbaiki serta meningkatkan Standard Operating Procedure (SOP) Elemen Tempur Tim dan Platun. Latihan ini juga merupakan raptai dan persiapan bagi pasukan menghadapi EKS BLACK SHADOW dan EKS BRAVO 210 di peringkat pasukan.
 
Kesemua latihan ini berkonsepkan life firing assault yang dilaksanakan merangkumi Latihan Menembak Individual dan Tim (LMIT) Peringkat 1 dan 2, Ujian Jalan Laju (UJL) 15km, Close Quarter Combat & Tactical Advance Shooting, Basic & Advance Live Fire Contact/Break Contact Drill, Live Fire RAID Training, Sniper/Recon Overwatch Live Fire, Tactical Navigation & Route Recon, Sniper/Recon Surveilance & Observation dan Crossing Danger Area & Obtacles.
 
Di samping itu latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Ketua-Ketua Elemen Tempur yang baru dalam TTP dan perlaksanaan penugasan Tinjau/Sniper Kompeni PANDURA (Para).
 
Pandura3
 
Pada masa yang sama, kesiagaan pasukan ini turut diuji oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Khairul Azmizal bin Ahmad Natal pada 4 Mac 2021, di mana Panglima 10 Bgd (Para) telah mengarahkan tiga Tim Tinjau dan dua Tim Sniper yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Komp PANDURA para diaturgerakkan ke Zon Gugur Nangka, Kelantan bagi melaksanakan Penerjunan Bebas HAHO (High Altitude High Opening) juga HALO (High Altitute Low Opening) serta memberi bantuan dalam menanda Zon Gugur dan mengawal pesawat sewaktu perlaksanaan Mass Drop LPBG (Leading Para Battle Group) 8 RRD (Para) di dalam Gabungan EKS TACOP/EKS KENYALANG WARRIOR. Tim kemudiannya telah dibuat extraction ke Gemas bagi meneruskan latihan kepakaran setelah misi pengguguran LPBG berjaya dilaksanakan.
 
Pandura2
 
Panglima 10 Bgd (Para) juga turut menekankan agar sistem latihan yang berorientasikan Combat Realism, Induce Stress in Training dan Analytical Thinking of Small Unit Leaders di aplikasikan secara holistik agar setiap lapisan anggota Pasukan Komp PANDURA (Para) lebih berkeyakinan dan bersedia untuk melaksanakan misi dalam apa juga keadaan, cuaca dan dimensi ancaman. Eksesais ini juga merupakan latihan pemanasan bagi menghadapi EKS PARA PREDATOR DAN EKS GERAK PANTAS pada pertengahan 2021 seperti mana yang telah ditetapkan oleh Panglima 10 Bgd (Para) bagi mendokong kelangsungan misi dan kesiagaan Tentera Darat sebagaimana yang diamanatkan oleh Panglima Tentera Darat.
 
- Komp Pandura 10 Bgd (Para)