WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PemangkuSultan1
SUNGAI BESI, 11 Mac 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan berangkat bercemar duli menyertai Latihan Menembak Pistol. Latihan berkenaan diadakan di Lapangsasar Tertutup 25 Meter Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.
 
Ketibaan KDYMM Baginda telah disambut oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, seterusnya disusuli dengan persembahan Taklimat Latihan Menembak.
 
PemangkuSultan2
 
 
Baginda seterusnya memulakan latihan menembak dengan tembakan pelarasan. Untuk latihan menembak kali ini, KDYMM Baginda turut berkenan menyertai Pertandingan Menembak Jatuh Piring bersama PAT, PTD dan kepimpinan tertinggi Tentera Darat Malaysia (TDM).
 
PemangkuSultan4Tan Sri PTD dan seluruh warga TDM menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM Pemangku Raja Pahang berangkat bercemar duli bagi menyertai latihan ini.
 
Turut hadir dalam latihan menembak adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad bin Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan serta penglibatan minimum Pegawai Kanan TDM.