WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
 
Sasar1
SUNGAI BESI, 13 Mac 2021 - Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pastinya gembira apabila kerja-kerja pembinaan Projek 'Satu Anggota Satu Rumah' (SASaR), dilancarkan pada hari ini.
 
Projek SASaR merupakan projek pembinaan rumah yang ditawarkan khas buat warga ATM, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Veteran ATM. Projek ini sebagai salah satu rancangan tindakan KEMENTAH di bawah Teras Kebajikan, bagi memastikan warga ATM dan KEMENTAH memiliki rumah sebelum mencapai usia persaraan.
Oleh itu, sebagai simbolik kepada bermulanya kerja-kerja pembinaan projek tersebut, Majlis Pecah Tanah Projek SASaR Kem Transmiter, Sungai Besi, dilancarkan pada hari ini. Projek pembinaan ini telah dianugerahkan kepada Syarikat Pembinaan Serta Hebat Sdn Bhd.
 
Majlis tersebut yang telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, turut disertai oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.
 
Sejumlah 3,500 unit pangsapuri yang akan dibina di tanah milik Tentera Darat Malaysia (TDM) seluas 23 ekar ini, telah pun habis ditempah.
 
YB MENHAN di dalam sidang medianya berkata, "Projek perumahan ini akan diteruskan lagi di dua lokasi iaitu Wardieburn dan Genting Klang. KEMENTAH menyasarkan sejumlah 25,000 unit rumah dibina menjelang tahun 2030."
 
Sasar3
 
Tan Sri PTD dan seluruh warga TDM merakamkan penghargaan kepada YB MENHAN di atas pelancaran projek ini. Pembinaan perumahan sebegini diyakini akan menyelesaikan masalah berkaitan perumahan dalam kalangan warga ATM. Projek ini juga sejajar dengan Tonggak Ketiga PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang memberikan penumpuan kepada aspek kebajikan warga.
 
Hadir sama ialah Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Ketua Setiausaha KEMENTAH, Dato' Seri Muez bin Abd Aziz, Pengarah Sykt Pembinaan Serta Hebat Sdn Bhd, Encik Shaik Ahmad Sufian serta kehadiran minimum Pegawai Tertinggi KEMENTAH dan Pegawai Kanan TDM.