WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Agong5
SUNGAI BESI, 16 Mac 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, telah berkenan bercemar Duli untuk berangkat ke Dewan Dato’ Jamil Ahmad, Kem Perdana Sungai Besi, bagi meninjau proses pelaksanaan vaksinasi COVID-19 kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 
Program penerimaan suntikan ini adalah bagi melengkapkan Program Vaksinasi COVID-19 Peringkat ATM Fasa Pertama, yang mendokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah dilancarkan pada 24 Februari 2021 lalu. Program hari ini melibatkan seramai 124 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Prosedur vaksinasi dilaksanakan oleh Tim Kesihatan daripada 712 Pusat Perubatan Angkatan Tentera, Kem Perdana Sungai Besi.
 
Agong4
 
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah disambut oleh Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain serta Panglima-Panglima Perkhidmatan.
 
Agong8Sehingga kini, ATM telah menerima sejumlah 40,950 dos daripada 84,240 dos vaksin yang diperuntukkan. Dos tersebut adalah peruntukan bagi 42,120 anggota yang terlibat di dalam Fasa Pertama ini.
 
Untuk rekod, sehingga kini, seramai 8,329 warga Tentera Darat Malaysia telah menerima suntikan vaksin manakala keseluruhan warga ATM yang telah menerima suntikan vaksin adalah seramai 17,224.
 
PTD serta seluruh warga TDM, merafak sembah dan menjunjung kasih di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk berangkat bagi meninjau pelaksanaan program ini. Sesungguhnya, keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke lapangan, telah merangsang semangat warga TDM untuk terus komited di dalam memastikan program yang dijalankan berlangsung dengan lancar.