WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

PTDPINGAT1

PULAU PINANG, 17 Mac 2021 – Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM), berasa bangga apabila Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, menerima kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan ini adalah sempena Hari Ulang Tahun Ke-82 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, yang disambut pada 11 Julai 2020 yang lalu.

Disebabkan kekangan penularan wabak COVID-19 pada ketika itu, istiadat tersebut telah ditunda dan dilaksanakan pada hari ini.

PTDPINGAT3

 

Istiadat yang berlangsung di Setia Spice Convention Centre, Bayan Lepas, Pulau Pinang, menyaksikan Tan Sri PTD dikurniakan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Dato’ Seri, oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.

Turut sama menerima DPPN adalah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani dan Pengarah Urusan Manikkam Enterprise dan SM Fujicarriers (M) Sdn Bhd, Dato’ Sri Suppiah a/l Manikam.

Terdahulu, di permulaan Istiadat, TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD), yang terdiri daripada tiga pegawai dan 31 anggota Lain-Lain Pangkat, diketuai oleh Mej Juniusabdiah Shah Putra bin Janny.

Seluruh warga TDM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri PTD di atas pengurniaan darjah kebesaran tersebut. Ini secara tidak langsung menunjukkan pengiktirafan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke atas kepimpinan Tan Sri PTD selama menerajui ketumbukan “Gagah Setia” ini.

Penganugerahan ini juga sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.

 

PTDPINGAT2

#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#TonggakKelima