WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MENHAN18PARA1
KUALA TERENGGANU, 20 Mac 2021 – Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (18 RAMD (Para)), Kem Sri Pantai, Kuala Terengganu, bakal memiliki pelbagai kemudahan awam dalam tempoh dua tahun lagi.
 
Ketika ini, kemudahan awam yang sedang dibangunkan di kem tersebut ialah sebuah Masjid dan Poliklinik Kesihatan yang baharu. Masjid yang mampu menampung 1,000 jemaah pada satu-satu masa itu, dibina dengan kos berjumlah RM 4.5 juta, ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Pembinaannya dijangka selesai pada penghujung tahun 2022 nanti.
 
Sementara itu, pembinaan Poliklinik Kesihatan yang baharu itu telah bermula sejak awal Januari 2021 dengan kos pembinaan berjumlah RM 25 juta. Poliklinik ini yang bakal menyediakan kemudahan kesihatan kepada tentera dan keluarga, turut dilengkapi dengan wad kecemasan, bilik x-ray dan juga makmal. Ia dijangka memulakan operasi pada awal tahun 2023 nanti.
 
Bagi memastikan projek pembangunan yang dirancang ini menepati perancangan Kementerian Pertahanan, Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, bersama-sama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, meluangkan masa untuk meninjau perkembangan pelaksanaan projek ini.
 
Terlebih dahulu, ketibaan YB MENHAN dan Tan Sri PTD telah disambut oleh Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal bin Ahmad Natal dan Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para), Leftenan Kolonel Mohamad Fadzly bin Mohd Yasin. YB MENHAN kemudiannya ditaklimatkan berkenaan ketumbukan 10 Briged (Para) yang disampaikan oleh Panglima 10 Briged (Para).
MENHAN18PARA6
Delegasi lawatan kemudiannya dibawa meninjau ke lokasi kedua-dua projek. Di dalam tinjauan ini, YB MENHAN dan Tan Sri PTD turut diberikan taklimat perkembangan projek oleh wakil agensi pemantau. Perkembangan projek pembinaan masjid disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Ir Yusuf bin Ghani, manakala projek Poliklinik Kesihatan pula, ditaklimatkan oleh Jurutera Kerja Kanan 2, Jabatan Kerja Raya Terengganu, Ir Shahrizam bin Mat Salleh.
Kunjungan YB MENHAN ke kem ini turut diserikan dengan majlis ramah mesra bersama warga anggota dan ahli Badan Kebajikan Isteri Angkatan Tentera (BAKAT) 18 RAMD (Para).
 
YB Menhan dalam ucapannya juga telah mengumumkan dua inisiatif baharu untuk penambahbaikan fasiliti di 18 RAMD Para iaitu menaik taraf 196 unit RKAT Kelas G Jenis 2 bilik kepada 3 bilik pada tahun 2022. Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan untuk menaik taraf Dewan Sri Terengganu.
 
MENHAN18PARA4Sesungguhnya, lawatan YB MENHAN dan Tan Sri PTD ke pasukan-pasukan sebegini amat memberikan erti buat warga pasukan serta keluarga mereka. Kehadiran pimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan Malaysia dan Tentera Darat Malaysia ternyata mampu menaikkan semangat dan moral dalam kalangan warga tentera itu sendiri.
 
Selain itu, pelaksanaan projek-projek pembangunan sebegini ternyata sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28, “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memberikan penumpuan kepada aspek kebajikan meliputi pembangunan kemudahan awam dan kesihatan.