WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
MENHANLAWATAN2
KUALA TERENGGANU, 20 Mac 2021 – Tiga orang anggota dan waris anggota Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (18 RAMD (Para)), Kem Sri Pantai, yang uzur dan menghidapi penyakit kronik, pastinya berasa amat bertuah apabila dikunjungi oleh Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
 
Kunjungan Kebajikan YB MENHAN ini, yang turut diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, merupakan sebahagian daripada atur cara Lawatan Kerja YB MENHAN ke 18 RAMD (Para).
 
MENHANLAWATAN3
Terlebih dahulu, YB MENHAN dan Tan Sri PTD menyantuni adik Qurratul Nur Ain binti Mohd Zukri yang kini berumur 14 tahun. Adik Qurratul Nur Ain, merupakan anak kepada Pegawai Waran II Fazley bin Rahmat, disahkan menghidap penyakit Sistemik Lupus Eritomatosus sejak 7 Januari 2019. Adik Qurratul Nur Ain yang bergantung hidup kepada pelbagai jenis ubat-ubatan masih perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu dan Hospital Selayang, Selangor.MENHANLAWATAN5
 
Kunjungan Kebajikan diteruskan dengan menyantuni anak kepada Pegawai Waran II Fazly bin Zakaria, adik Farrel Naqeeb Fazly, berusia 7 tahun. Adik Farrel Naqeeb disahkan menghidap penyakit Cerebral Palsy sejak 7 September 2015, mempunyai masalah pergerakan dan hanya bergantung dengan bantuan kerusi roda khas yang diterima daripada Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Angkatan Tentera Malaysia. Anak istimewa ini juga masih perlu menjalani rawatan susulan serta pemeriksaan berkala di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.
 
MENHANLAWATAN4
 
Waris dan anggota yang disantuni dalam Kunjungan Kebajikan ini, menerima sumbangan daripada YB MENHAN berupa hamper, barangan harian, sumbangan peribadi dan sumbangan daripada Tabung Kebajikan Tentera Darat. Sumbangan ini bagi meringankan beban yang ditanggung anggota.
 
Kunjungan Kebajikan sebegini akan terus dilaksanakan demi memastikan kebajikan setiap warga Tentera Darat Malaysia akan sentiasa terbela dan terpelihara, sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28, “Pelestarian Kesejahteraan Warga”.