WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MANTANPTD2
SELANGOR, 22 Mac 2021 – Walau sudah lama meninggalkan alam ketenteraan, namun hubungan yang terbina sebelumnya tetap utuh terjalin. Begitulah resamnya kehidupan di dalam keluarga besar Tentera Darat Malaysia (TDM).
 
Atas semangat dan ikatan ukhuwah yang telah terjalin, mendorong Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, untuk menyantuni mantan-mantan PTD. Kunjungan muhibbah ini adalah sebahagian daripada program Sambutan Hari Tentera Darat Ke-88, pada tahun ini.
 
Kunjungan Muhibbah Mantan PTD dimulakan dengan Tan Sri PTD menyantuni Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ismail bin Haji Omar (Bersara), di kediaman beliau. Mantan Panglima Angkatan Tentera Ke-11 dan Panglima Tentera Darat Ke-14 yang kini berusia 80 tahun, kelihatan sangat gembira menerima kunjungan ini.
MANTANPTD3
Di dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu berkaitan TDM telah dibincangkan. Tan Sri PTD turut mengambil kesempatan untuk menerangkan berkenaan perkembangan semasa dan hala tuju TDM.
 
Manakala Tan Sri Ismail pula, berkongsi pengalaman beliau selama menjawat tugas pimpinan tertinggi TDM. Beliau yang telah meninggalkan alam ketenteraan pada Disember 1998, turut mengambil kesempatan dan peluang ini untuk menitipkan salam buat seluruh warga TDM, di mana jua berada.
 
Kunjungan Tan Sri PTD pada hari ini, membuktikan keprihatinan kepimpinan TDM bukan sahaja kepada warga TDM yang masih berkhidmat, bahkan para Veteran TDM juga turut tidak terkecuali. Ini sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28, “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang mengambil berat akan kebajikan warga TDM.
 
Tan Sri PTD dan seluruh warga TDM mendoakan agar Tan Sri Ismail sentiasa dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk mendepani hari-hari mendatang.Turut hadir dalam lawatan berkenaan adalah Ketua Staf Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Hj Subari bin Hj Tomo serta penglibatan minima Pegawai Kanan TDM.